Blogger-Blogger Femes

Thursday, May 31, 2012

(Gambar) Nabila Huda Nampak Ayu Bertudung

Views
KAK NAM- Tengah Kak Nam usya-usya twitter Nabila Huda tadi, Kak Nam ternampak plak satu gambar dia  pakai tudung. Memang nampak lain dan ayu sangat "wa cakap lu". ..ceh! dah macam dalam dialog cerita "Bohsia" plak. Kalau anda semua nak tahu, tidak lama lagi akan keluar di pawagam filem terbaru dari Nabila Huda iaitu "Bohsia 2". So, ramai-ramailah pergi menonton ok jangan lepaskan peluang takut tiket dah habis.. Tanpa buang masa jom kita lihat gambar after read more ni..

(Gambar) Aaron Aziz Dan Isteri Di Makkah

Views
KAK NAM- Seorang demi seorang nampaknya artis tanah air kita sudah mendapat hidayah untuk menunaikan Umrah dan juga Haji. Baru-baru ini kita diberitahu bahawa Rita Rudaini juga pergi mengerjakan Umrah untuk mencari ketenangan agar masalah yang dihadapi dalam rumahtangganya mendapat pertunjuk. Selepas itu, dengar pula khabar bahawa artis paling popular Aaron Aziz pergi mengerjakan Umrah bersama isteri tersayang. Mari kita lihat gambar mereka..

Nurul Pilih Gaya Eropah Pada Majlis Kahwin

Views
KAK NAM- Tidak lama lagi akan berlangsungnya ikatan perkahwinan antara  Noorul Huda Abdul Wahab, 35, dengan duda Perancis, Eric Daniel Depp, 47, penyanyi dan pelakon itu mengharapkan apa yang diimpikan dalam sebuah perkahwinan akan tercapai. Pasti ramai yang tidak sabar menantikan hari itu untuk melihat kecantikkan Nurul. Mari kita lihat komen Nurul yang dipetik dari akhbar Metro. 

Tahniah! Ina Naim Selamat Lahir Anak Ke 3

Views
KAK NAM Ina Naim atau nama sebenarnya Nordiana Md Naim selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.3 kilogram di Hospital Kota Tinggi (HKT) di sini, pada jam 8.35 pagi semalam. Bila sebut je bekas tunang Mawi pasti anda baru teringat siapa Ina Naim. Tahniah sekalai lagi Kak Nam ucapkan kepada Ina Naim dan suami kerana telah dikurniakan anak ke 3 yang sihat. 

Wednesday, May 30, 2012

(Gambar) Farah Asyikin Kini Bersarung Tangan

Views
KAK NAM- Menurut sumber GUA yang Kak Nam perolehi, baru-baru ini portul tersebut telah menemubual penyanyi yang mempunyai suara sangat lantang, Farah Asyikin. Ketika ditemui GUA sewaktu menjayakan program 'Hijrahku' anjuran pelajar Komunikasi Antarapersonal, Fakulti Komunikasi & Pengajian Media, UiTM Shah Alam Ahad lalu, Farah tampil dengan imej bersarung tangan.

(Gambar) Menangis -Tomok Teman Isteri Masa Proses Bersalin

Views
KAK NAMTomok, 28, mendapat anak lelaki apabila isterinya Rahayu Abbas (Ayu), 32, selamat melahirkan bayi berkenaan di Pusat perubatan Prince Court, Kuala Lumpur pada pukul 6.03 petang, Selasa.Anaknya lahir dengan berat 3.33 kilogram itu masih belum diberikan nama namun bersyukur apabila proses kelahiran berjalan lancar.

Que Haidar Ingin Berlakon Semula

Views
KAK NAMPelakon Que Haidar yang membuat keputusan meninggalkan dunia lakonan kira-kira setahun lalu tidak dapat berbohong kepada dirinya bahawa dia sebenarnya merindui dunia seni itu. Que berkata, Linda tiada kena mengena dengan keputusan itu kerana dia juga berhak terhadap sebarang tindakan disebabkan studio tersebut adalah hak milik mereka bersama. "Saya sudah letih orang asyik mengaitkan sebarang keputusan saya adalah menurut kehendak isteri walaupun dia langsung tidak bersalah.

Amy (Search) Kini Sertai UMNO Dan Sanggup Dikecam

Views
KAK NAMAmy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 54, berkata, sebagai idola masyarakat dia menganggap tindakan menyertai parti itu adalah keputusan terbaik dan tepat pada waktunya di saat kecelaruan dan perselisihan faham di kalangan rakyat semakin merebak. Amy tidak peduli dengan kritikan mana-mana pihak termasuklah parti pembangkang berhubung keputusannya menyertai Umno pada Selasa.

Panas!! Seorang Pelawak Lelaki Ditahan

Views
KAK NAM- Menurut sumber yang Kak Nam perolehi, seorang pelawak lelaki yang terkenal telah ditahan polis selepa disyaki telah menipu orang ramai hampir RM80,000. Suspek yang berusia 40-an itu ditahan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping sebaik artis itu datang untuk memberi keterangan pada jam 4 petang kelmarin.

Tuesday, May 29, 2012

(Gambar) Pelakon Nelydia Yang Cun

Views
KAK NAM- Sedang Kak Nam cuci mata tengok twitter tiba-tiba Kak Nam terlihat satu gambar seorang pelakon yang mirip seakan-akan Elyana iaitu Nelydia. Wajah pelakon ni memang cantik dengan kulitnya yang gebu dan licin. Pasti jejaka-jejaka di luar sana rasa bertuah bila jadi kekasih kepada wanita yang cantik. Mungkin dengar nama Nelydia ada di antara anda yang tidak kenal, oleh itu jom kita lihat gambar pelakon tersebut. 

(Gambar) Ayu Raudha Dan Aidit Zaquan Yang Terkini

Views
KAK NAM- Pelakon yang popular Ayu Raudha kini mula senyap sejak kontroversi yang melibatkan dirinya dengan suami, Aidit Zaquan tentang isu rumahtangga Rita Rudaini. Walaupun begitu, Ayu Raudha atau dikenali sebagai Ayu dikatakan menjadi batu api dan punca rumahtangga pelakon popular Rita Rudaini dan iparnya runtuh. Dalam hal ini,kita tidak boleh menyalahkan sesiapa sebab kita tidak tahu hal yang sebenar. Tanpa buang masa cerita pasal isu rumahtangga ni, jom kita lihat gambar Ayu dan Zaquan. 

(Gambar) Mawi Biar Tidak Popular Tapi Bahagia

Views
KAK NAM- Baru-baru ini Mawi penyanyi yang popular dengan lagu Aduh Saleha telah mengadakan majlis
kenduri doa selamat dan tahlil ringkas buat puteri tercinta, Cahaya Malaika berlangsung lancar. Puteri sulung milik pasangan Mawi dan isterinya, Nor'Asikin Rahmat atau Ekin itu kini sudah memasuki usia tiga bulan selepas selamat dilahirkan pada tanggal 28 Februari lalu.

Saturday, May 26, 2012

(Gambar) Diana Danielle Cantik Bertudung

Views
KAK NAM- Orangnya cantik, kulit gebu dan tinggi lampai siapa lagi kalau bukan Diana Danielle yang berdarah campuran. Memang ramai jejaka-jejaka di luar sana pasti tertawan dengan kecantikan yang di miliki oleh Diana. Bukan Kak Nam kata wanita lain tidak cantik, maksud Kak Nam masing-masing ada kelebihan dan kecantikkan tersendiri. Apabila lihat gambar Diana Danielle bertudung, rasa sejuk mata memandang. Sangat cantik dan terserlah keayuannya. Mari kita lihat..

Friday, May 25, 2012

(Gambar) Asraf Sinclar Dan Bunga Cinta Lestari Terkini

Views
KAK NAM- Masih kenal lagi dengan pelakon dan pengacara Asraf Sinclar?? Mungkin ada yang tidak ingat lagi dengan dia. Maklumlah sejak berkahwin dengan artis Indonesia iaitu Bunga Cinta Lestari, Asraf banyak menghabiskan masa di negara seberang.  Bukan itu sahaja, Asraf Sinclar juga sudah giat berlakon dalam drama-drama di Indonesia. Mungkin rezekinya lebih mencurah-curah di tempat orang dan cara percakapannya pun sudah menjadi 80% seperti orang seberang. Harap Asraf tidak lupa pada tanah air sendiri. Mari kita lihat gambar mereka yang sangat bahagia.

(Gambar ) Zarina Anjoulie Mesra Dengan Jehan Miskin

Views
KAK NAM- Siapa yang tidak kenal dengan pelakon wanita penuh dengan kontroversi meletop dan gaya yang  seksi, Zarina Anjoulie. Dia mula dikenali sejak berlakon dalam drama Anak Ponti dan gosip-goisp tentang gambar lucahnya. Baru-baru ini keluar lagi kontroversi dimana Zarina Anjoulie telah berperang dengan Lufya di laman twitter. Kak Nam dengar Lufya ada membuat lagu tentang Ketuhanan dan ditujukan khas kepada Zarina. Macam-macm hal pula mereka ni..Kak Nam tidak mahu membuang masa anda lagi. Biarlah mereka selesaikan masalah mereka sendiri. Mari kita lihat gambar mesra Zarina dan Jehan Miskin.

Thursday, May 24, 2012

Nassier Wahab Dan Keluarga Nyaris Maut Akibat Kemalangan

Views
KAK NAM- Penyanyi Nassier Wahab trauma dan tidak dapat melupakan peristiwa ngeri yang berlaku kepadanya dan keluarga apabila terlibat dalam kemalangan di kilometer 433.7 Bukit Beruntong pada Ahad lalu. Kejadian ngeri tersebut berlaku kira-kira jam 2.45ptg dimana pemandu peribadinya melanggar pembahagian jalan beberapa kali. Nassier Wahab menceritakan situasi tersebut...

(Gambar) Jihan Rajalawak Kini Semakin Cun!

Views
KAK NAM- Satu-satunya peserta wanita dalam rancangan realiti tv,Mentor untuk mencugkil bakat komedi iaitu Jihan memang sangt bertuah. Bukan senang untuk menjadi seorang pelawak yg serba boleh untuk memenuhi hati peminat. Memang tidak dinafikan lagi, Jihan adalah seorang yang berbakat besar dan akan maju dalam kerjaya yang diminatinya. Bila sudah bergelar artis tu biasalah, semua penampilan kita kena jaga. Kalau ada cacat cela sikit je, orang akan mengata. Begitu juga dengan Jihan,kini dia semakin cantik berbanding mula-mula dia memasuki bidang seni. 

(Gambar) Pelakon Balik Umrah Tetap Mabuk Sampai Tersingkap

Views
KAK NAM- Hari ini tersebar satu gambar yang sangat mengejutkan bagi Kak Nam dan mungkin anda semua turut terkejut. Menurut sumber, seorang pembaca telah mengirim satu keping gambar melalui email. Khabarnya daripada pengirim itu, gambar itu adalah gelagat seorang pelakon popular bersama teman-temannya dalam sebuah majlis yang diadakan baru-baru ini.

(Gambar) Alya Sebenarnya Kelakar

Views
KAK NAM- Penyanyi wanita yang dikaitkan dengan kontroversi adiknya menyamun seorang ahli perniagaan wanita, Alya sebenarnya seorang yang kelakar. Kalau anda semua perasan, mimik muka atau air muka Alya sentiasa masam dan susah untuk senyum jika bertemu dengan orang ramai mahupun keluar di kaca tv. Ramai juga yang mengatakan Alya ni seorang yang sombong. Sebenarnya, Alya adalah seorang yang sangat kelakar dan dia pemalu bukan sombong. Apabila Kak Nam lihat gambar-gambar dalam twitter milik Alyah, baru Kak Nam tahu yang Alya seorang yang lucu. Mari kita saksikan...

(Gambar) Wow! Dina Baring Sebelah Harimau Dan Buaya

Views
KAK NAM- Siapa sangka seorang wanita yang mula popular sejak memasuki rancangan Malaysia Idol, Dina seorang yang berani dan awesome. Kini Dina teruskan kerjayanya dalam bidang penyiaran radio. Kak Nam sungguh terkejut apabila melihat 2 keping gambar Dina di dalam twitternya terbaring di sebelah binatang buas seperti buaya dan harimau. Mula-mula Kak nam kurang percaya..bila diteliti betul-betul memang sah itu adalah binatang real bukan patung. Jom kita saksikan..pada anda-anda semua jangan tiru aksi berkenaan ok!!

Wednesday, May 23, 2012

(Gambar) Elyana Kena Operation Pada Tekak

Views
KAK NAM- Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon popular Elyana telah dimasukkan ke dalam hospital selama 4 hari akibat ketumbuhan di dalam tekaknya. Walaupun Elyana dalam keadaan sakit, dia tetap nampak cantik dan menawan. 

(Gambar) Fasha Sandha Dan Jejai Buat Pemeriksaan Kandungan Di Klinik

Views
KAK NAM- Menurut sumber yang diperolehi dari blog Beutifulnara, semalam secara ekslusif Fasha Sandha telah kongsikan perkembangan kehamilannya kepada blog tersebut. Fasha ditemani suami tercinta telah pun menjalani ujian kehamilan yang kedua di Prince Court Medical Centre. Semalam juga Doktor Paul telah mengambil darah Fasha Sandha untuk melakukan ujian toxoplasma. Ini adalah kerana setiap hari Fasha Sandha terdedah kepada kucing.

(Gambar) Datuk Siti Nurhaliza Yang Awesome

Views
KAK NAM- Pasti ramai peminat Datuk Siti Nurhaliza yang teringin sangat ingin bergambar dengan beliau. Tapi tidak ada rezeki anda semua nak bergambar dengannya. Maklumlah artis popular no 1 negara bukan senang nak jumpa. Cukuplah sekadar melihat wajahnya di dalam gambar. Gambar-gambar yang ingin Kak Nam kongsikan pada anda semua adalah gambar terbaru Datu Siti yang telah di upload dalam twitter miliknya. Apa lagi, jom kita terjah.

Isu Cerai Adi Putra Macam Dalam Drama

Views
KAK NAM- Pelakon Adi Putra menyifatkan masalah rumah tangga yang melanda dalam kehidupannya dengan isteri, Zuhaida Yusof (Aida), 37, seperti sebuah drama yang sering dilakonkan tetapi ia adalah realiti kehidupan sebenar.Dia bersyukur kerana cepat menyedari tentang kesan yang akan berlaku sekiranya tidak menarik balik kes cerai yang difailkan pada 11 Mei lalu. Adi dan Zuhaida mengadakan sidang media di sebuah kafe, Hotel Park Royal di sini, kira-kira pukul 9 malam Selasa bagi menjelaskan mengenai status mereka selepas timbul kontroversi kedua-dua mereka dikatakan sudah lagi tidak sehaluan.

(Gambar) Gelagat Ella Dan Portege Di Belakang Tabir

Views
KAK NAM- Ratu Rock Ella kini bergelar mentor kepada portegenya dalam rancangan Mentor yang disiarkan setiap hari Ahad di TV3. Bagi peminat Ella dan juga Caroline yang ingin melihat gelagat dan aksi mereka di belakang tabir semasa rancangan mentor di siarkan, Kak Nam akan kongsikan pada anda semua gambar mereka. Mari kita lihat sama-sama..

To'ki Kecewa Difitnah Jadi Peminta Sedekah

Views

KAK NAM- Baru semalam Kak Nam keluarkan isu To'ki kini seorang peminta sedekah yang telah dikatakan oleh satu blog. Hari ini To'ki telah tampil untuk memberi penerangan dan dia rasa cukup kecewa kerana telah difitnah begitu. To'ki berkata, cerita berkenaan adalah fitnah semata-mata dan dia benar-benar tidak menyangka ada pihak sanggup menuduh dan memalukan dirinya seperti itu.

Tuesday, May 22, 2012

To'ki Kini Seorang Peminta Sedekah

Views
KAK NAM- Baru beberapa minit tadi Kak Nam terbaca pada satu blog hiburan yang boleh dikatakan agak popular tentang isu kononya penyanyi popular tahun 80an dulu, To'ki kini adalah seorang peminta sedekah. Tidak tahu benar atau tidak, pihak blog tersebut akan cuba sedaya upaya untuk mencari bukti pengesahan yang orang itu adalah benar-benar To'ki. Menurut blog itu lagi, seorang penggiat forum bernama Ameflora menulis mengatakan yang beliau terlihat satu status Facebook rakan beliau yang mendakwa ternampak kelibat To’ki sebagai peminta sedekah.

(Gambar) Fasha Sandha Di Majlis Pertunangan Kawan Baik

Views
KAK NAM- Sekarang semua rakyat Malaysia membuat spekulasi tentang isu kehamilan Fasha Sandha baru-baru ini. Maklumlah, belum sampai sebulan lagi mendirikan rumahtangga, fasha telah mengumumkan dia hamil 2 minggu. Orang yang sudah berkahwin dan punyai pengalaman tentang kehamilan pasti merasa terkejut. Kak Nam tidak mahu mengungkit lagi isu tersebut takut nanti lain pula yang timbul. Mari kita lihat gambar Fasha Sandha dan suaminya Jejai pada majlis pertunangan kawan baik mereka baru-baru ini yang telah di upload oleh Fasha dalam twitternya.

Jangan Fitnah!! Saya Tiada Orang Ketiga -Aidil

Views
KAK NAM- Lepas satu persatu kontroversi yang timbul mengenai rumahtangga pemain bola sepak negara Aidil  dengan pelakon popular Rita Rudaini. kali ini isu tentang orang ketiga yang diperkatakan oleh Rita kepada suaminya. Aidil menafikan memiliki wanita lain dalam hubungan rumahtangga mereka dan isu ini terjadi selepas Aidil meninggalkan rumahnya. 

(Gambar) Shanie Yang Terkini Sangat Comel

Views
KAK NAM- Lama rasanya tidak melihat lakonan pelakon wanita komedi yang berbadan agak besar dan comel, Shanie. Dulu beliau sering keluar di kaca tv dengan lakonannya yang agak kelakar bersama-sama dengan kumpulan senario. Mungkin jika Shanie berbadan slim lagi kelihatan comel..mari kita saksikan gambarnya. 

Doakan Datuk Syarifah Aini SEmbuh Dari Penyakit

Views
KAK NAM- Hari ini Kak Nam dapat berita dari satu sumber mengatakan bahawa Datuk Syarifah Aini sekarang sedang berada di hospital akibat dijangkiti kuman dalam paru-paru. Seorang rakan Datuk Syarifah Aini iaitu Khalilah Dato Muhamad Talha telah update status terkini di akaun milik Datuk Syarifah Aini tentang isu tersebut. Marilah kita sama-sama doakan agar Datk Syarifah Aini cepat sembut dari penyakitnya. 

Monday, May 21, 2012

(Gambar) Abby Abadi Beri Ceramah Di Majlis Pas

Views
KAK NAM- Menurut sumber yang Kak Nam perolehi, baru-baru ini pelakon popular Abby Abadi telah menghadiri satu majlis Pas dan sebagai seorang penceramah pada hari tersebut. Majlis tersebut diadakan di Pentas Himpunan Pemuda Islam Rhu Rendang, di Pantai Rhu Muda, Marang.

(Gambar) Eira Syazira Dan Suami Sangat Romantik

Views
KAK NAM- Pasangan suami isteri yang sangat  romantik pelakon Eira Syazira dan juga pelawak Ezad sangat-sangat bahagia selepas diijab kabul. Maklumlah, rumahtangga masih baru..rezeki anak pun belum ada lagi dapatlah mereka berdua bermesra-mesra ye tak. Mari kita lihat gambar mereka yang telah di upload dalam twitter Eira..

(Gambar) Yusry Dan Lisa Surihani Di Singapura

Views
KAK NAM- Baru-baru ini, Yusry dan juga Lisa Surihani telah membawa keluarga mereka bercuti di Singapura. Untunglah keluarga mereka da orang yang ingin menaja pergi ke sana. memang nampak bahagia sangat gambar-gambar mereka di sana. Maklumlah, pasangan dua sejoli dan romantik..jom kita lihat gambar mereka. 

Nabila Huda Mengaku Rapat dengan Johan

Views
KAK NAM- Kisah hubungan yang terjalin antara dua pelakon Nabila Huda,28, dan Johan Asari, 26, sejak akhir-akhir ini sering diperkatakan, tetapi kedua-duanya seperti tarik tali dan berselindung untuk memberi penjelasan sebenar.Walaubagaimanapun Nabila Huda menjelaskan hubungannya dengan Johan adalah kawan rapat dan sering berhubung antara satu sama lain untuk bertanyakan khabar.

Friday, May 18, 2012

(Gambar) Honeymoon Scha dan Awal Di New York

Views
KAK NAM- Ramai betul artis kita yang pergi bulan madu ke luar negara. Selepas kita semua lihat foto bulan madu Lisa Surihani dan Yusry, terdapat pula foto bulan madu Fasha dan juga Jejai bulan madu. Kini tiba pula giliran foto Scha dan Awal pergi bulan madu di New York. Untunglah mereka dapat pergi sampai ke sana..mari kita lihat.

(Gambar ) Elyana Sambut Birthday Ibu

Views
KAK NAM- Rasanya agak lama kita tidak dengar cerita tentang penyanyi remaja yang cukup popular dengan lagu Kalis Rindu, Elyana. Baru-baru ini, Elyana telah menyambut hari jadi ibunya bersama keluarga tersayang. Makin berisi nampknya badan Elyana..mari kita lihat.

Alya - "Dia Tetap Adik Saya"

Views
KAK NAM- Alyah bertegas mempertahankan diri apabila dituduh sebuah blog bahawa dia memberi kenyataan menyalahkan media tentang isu adiknya yang kini berhadapan tuduhan menyamun seorang warga negara Singapura. Dia sebak apabila menyentuh tentang perasaan ibunya di kampung dan ahli keluarga lain. Apa yang pasti, kata Alyah, biar sekuat mana badai menghempas dirinya, dia harus bertahan kerana sepanjang 12 tahun menjadi anak seni, dia sudah terbiasa bergelut untuk survival antara sebuah kehidupan dan karier.

Tahniah! Nora Kini Hamil Anak Keempat

Views
KAK NAM- Penyanyi wanita yang cukup popular dengan suaranya yang nyaring,Nora mengakui mempunyai perasaan teruja apabila disahkan sedang hamil dua bulan walaupun usianya kini telah mencecah 39 tahun.
Walaupun cepat berasa letih namun dia gembira untuk menyambut anak keempatnya itu kerana dia dan suami iaitu komposer Johan Nawawi memang berhasrat menambah bilangan ahli keluarga.

Adi Putra Berbelah Bagi Untuk Ceraikan Isteri

Views
KAK NAM- Adi,32, berkata, dia dan isterinya akan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur dekat sini pada Isnin ini sebagai percubaan terakhir untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina selama enam tahun itu.Adi Putra belum memutuskan sama ada untuk bercerai ataupun tidak dengan isterinya, Aida Yusof.

Thursday, May 17, 2012

(Video) Tiz Zaqyah Nyanyi Lagu Agnes Monica

Views
KAK NAM- Tiba-tiba Kak Nam nampak satu video di satu blog hiburan OhBulan dimana Tiz Zaqyah menyanyikan lagu "Rindu" milik Agnes Monica. mari kita dengar antara Agnes dan Tiz suara siapa yang paling mantap.

(Gambar) Terkini Fasha Sandha Semakin Berisi

Views
KAK NAM- Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita yang boleh dikatakan kontroversi kerana Fasha Sandha sudah berbadan dua. Menurut apa yang keluar di dalam akhbar , kandungan Fasha Sandha sudah masuk 2 minggu selepas dia membuat pregnancy test. Kalau mengikut logik akal, Fasha Sandha baru sahaja bernikah dengan Jejai pada 27 April lalu dan belum sampai sebulan dia sudah mempunyai janin berusia 2 minggu. Di sini Kak Nam rasa ada kemuskilan sedikit kerana mustahil setiap kandungan boleh diketahui secepat itu. Kak Nam tidak mahu membuat spekulasi, anda sendiri boleh menilainya. 

(Gambar) Luahan Hati Abby Dalam Bilik 7

Views
KAK NAM- Penerbit Bilik 7, Engku Azmin Engku Zaini meyakinkan bahawa Abby sudah bersedia. Alhamdulilah, semoga cerita negatif berkisar pelakon yang berasal dari Kuala Lumpur ini boleh dijadikan teladan. Berkahwin sesama artis bukan satu tanggungjawab yang mudah? Bagaimana pula perasaannya apabila suami tercinta ‘dirampas’ wanita lain? Kekasih yang disayangi akhirnya berada dalam pelukan orang lain. Duka di hati Abby Abadi tiada siapa yang tahu. Mari kita lihat seba sedikit luahan hati Abby Abadi semasa dalam rancangan Bilik 7.

Ady Putra Memfailkan Cerai

Views
KAK NAM- Pelakon hero yang cukup popular,Ady Putra hari ini telah menyatakan dalam akhbar bahawa dia akan menfailkan cerai di mahkamah terhadap isterinya, pada 11 Mei lalu. Menurut Ady, dia tidak mahu bercerita lanjut mengenai perceraiannya itu, tetapi apa yang pasti mereka tiada persefahaman. Ady berkata, dia dan Aida berpisah secara baik dan keputusan itu dibuat selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka gagal.

Tuntutan Suami Macam 'Budak-Budak' Buat Rita Geli Hati

Views
KAK NAM- Pelakon Rita Rudaini Mokhtar menyifatkan tuntutan nusyuz (perintah kembali taat) yang dituntut suaminya, Aidil Zafuan Abd. Radzak di Mahkamah Rendah Syariah di sini, Rabu sebagai kelakar dan macam “budak-budak” . Rita,36, berkata, dia geli hati mendengar tuntutan itu yang disifatkannya sebagai tidak masuk akal kerana selama ini dia tidak pernah melanggar perintah suami ataupun membelakangkannya.  Mungkinkah disebabkan ada orang ketiga yang mencucuk salah seorang daripada mereka untuk meruntuhkan rumahtangga Aidil dan Rita. Dari apa yang Kak Nam lihat berdasarkan semua komen Aidil dan Rita Rudaini sangat berbeza seolah-olah ada orang yang telah menghasut mereka untuk bercerai. Mari kita lihat komen Aidil dan Rita.

(Video) Aidil Batal Hasrat Bercerai Dengan Rita Rudaini

Views
KAK NAM- Rasanya sudah beberapa kali keluar gosip tentang Aidil pemain bola sepak kebangsaan dan juga Rita Rudaini pelakon yang popular ingin bercerai. Hari ini keluar di tajuk utama akhbar metro menyatakan Aidil mahu batalkan hasratnya menceraikan Rita. Mungkinkah ini sekadar kontroversi yang direka oleh mereka untuk mendapatkan perhatian?? Kak Nam tidak mahu memberikan jawapannya. Anda sendiri boleh menilai.

Wednesday, May 16, 2012

(Gambar) Zizan Raja Lawak Waktu Sekolah

Views
KAK NAM- Pasti anda semua tidak sabar untuk melihat gambar Zizan sewaktu di bangku sekolah. Wajah Zizan masa dahulu dan kini tidak jauh bezanya. Mari kita lihat..

(Gambar) Alya Dan Atilia Jadi Akrab Kerana Mania

Views
KAK NAM- Kalau anda ingin tahu, sebelum menyertai program Mania di Astro, artis jelita Alya dan juga Atilia hanya sekadar jeling dan senyum sebagai rakan artis. Tetapi,selepas mereka di satukan dalam program Mania, mereka menjadi seperti belangkas dan begitu akrab sekali. Malah, pada sesi fotografi yang diatur Isnin lalu, gelagat mereka memang seperti sahabat yang sudah bertahun lamanya kenal. Usik-mengusik, saling berpelukan, bergelak-senda, langsung tidak terlintas bahawa hakikatnya mereka baru sebulan dua bersahabat. Mari kita saksikan gambar mereka..

Tuesday, May 15, 2012

Foto Anggun Ziana Zain Yang Terkini

Views
KAK NAM-  Terima kasih Kak Nam ucapkan kepada portul hiburan sensasi Izyan kerana sudi kongsikan foto Ziana Zain yang anggun dan jelita ini kepada Kak Nam. Memang tidak dinafikan penyanyi yang popular dengan kening seksinya itu kelihatan sangat anggun sekali. Walaupun bergelar seorang ibu dan isteri, Ziana tetap jaga penampilannya. Maklumlah artis mesti jaga penampilan,kalau tidak ramai pula yang mengata. Mari kita lihat foto tersebut.

Adik Alyah Samun Ahli Perniagaan Wanita

Views
KAK NAM- Adik kepada seorang penyanyi wanita yang popular dengan lagu "Kisah Hati" Alya, dihadapkan ke mahkamah kerana kes samun ke atas seorang ahli perniagaan. Adik lelaki penyanyi tersebut diminta membela diri di Mahkamah Sesyen Johor Bahru terhadap satu pertuduhan melakukan samun dengan merampas beg seorang ahli perniagaan wanita warga Singapura.

Bekas Isteri Jimmy Pernah Ditampar Ibu

Views
KAK NAM- Pengacara popular Jimmy Shanley mendakwa bekas isterinya Nursuhaila pernah ditampar ibu kandungnya pada 1 Oktober 2010 sehingga ibu mentua Jimmy terpaksa tumpang bermalam di rumahnya.Jimmy, 31, yang memberi keterangan di Mahkamah Rendah Syariah di sini, di hadapan Hakim Syarie, Saharuddin Selamat juga mendakwa, Nursuhaila, 26, pernah datang ke rumahnya tiga hari selepas itu bagi memujuk ibunya pulang serta meminta cerai daripadanya.

Fasha Sandha Kini Berbadan Dua??

Views
KAK NAM- Pelakon popular yang baru sahaja mendirikan rumahtangga pada 28 April lalu, Fasha Sandha kini sudah pun mengandung seminggu. Dia yang diijabkabulkan dengan suaminya Toh Muda Rizal Ashram Ramli, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai berita gembira itu kerana semuanya terlalu baru dan masih perlu menjalani satu lagi pemeriksaan minggu depan. Rasanya tidak sampai sebulan lagi Fasha Sandha nikah, mustahil bagi Kak Nam yang dia sudah berbadan dua. Takkan secepat itu, mungkin juga rezekinya kita tidak tahu. Mari kita lihat penjelasan Fasha sendiri.

Monday, May 14, 2012

Gambar Shila Amzah Bersama Keluarga

Views
KAK NAM- Tak sangka pula Kak Nam yang Shila masih mempunyai ramai adik-beradik. Yang paling Kak Nam terkejut bila dapat tahu Shila mempunyai adik-beradik lelaki. Mungkin ramai yang dah tahu latar belakang keluarga Shila, Kak Nam je yang ketinggalan zaman. Tak apalah..yang penting Shila dan juga keluarga bahagia. Kak Nam nak kongsikan pada anda semua gambar Shila bersama keluarganya di airport. Bila lihat gambar ND Lala memakai jubah dan berkopiah,mungkinkah dia ingin mengerjakan Haji atau Umrah?? Hanya Shila je yang tahu.

Foto Remy Ishak kena 13 jahitan

Views
KAK NAM- Menurut sumber, Remy Ishak mengalami kecederaan ketika penggambaran filem terbarunya, Bravo 5 terbitan Karya Prima yang menjalani penggambaran di Tapah Perak pada malam Jumaat lalu. Ketika  penggambaran filem bercorak komando dibuat dalam hutan membabitkan adegan pertempuran dan kejar mengejar. Ketika itulah, tanpa sengaja muncung senjata yang digunakan oleh pelakon Beto Kusyairy tertujah ke dahi Remy menyebabkannya mengalami luka yang agak serius dalam.Akibatnya Remy dibawa mendapatkan rawatan selanjutnya di Hospital Tapah.

Foto Adira Dengan Kekasih Baru

Views
KAK NAM- Sebelum ini Adira hangat bercinta dengan Hafiz bekas pelajar Af. Mungkin jodoh mereka tidak ada dan hubungan mereka putus. Kini salah seorang jejaka kumpulan band telah menambat hati Adira dan dia juga ada mempunyai ciri-ciri lelaki yang Adira idamkan. Baru-baru ni ada sedikit gambar kantoi, gambar kemesraan Adira bersama seorang jejaka yang bernama AGcoco.

Ieda Moin Kurang Tawaran Berlakon Sebab Kurus

Views
KAK NAM- Rasanya sudah lama kita tidak dengar perkembangan artis yang kuat melatah ini, Ieda Moin. Dulu dia sering keluar di kaca tv dengan lakonannya yang sering mencuit hati ramai penonton. Ieda Moin mengakui kurang mendapat tawaran berlakon gara-gara menurunkan berat badan sebanyak 25 kilogram daripada 75 kilogram sebelum ini.

Zizan Dapat Iktibar Selepas Jatuh Sakit

Views
KAK NAM- Zizan berkata, kejadian dia dimasukkan ke hospital akibat keradangan pada otot baru-baru ini telah menyedarkan dirinya tentang kepentingan menjaga kesihatan.Zizan (Raja Lawak) baru terfikir dia tidak seharusnya terlalu kuat bekerja sehingga menyebabkan dirinya jatuh sakit.

Saturday, May 12, 2012

Foto Tomok Dan Isteri Yang Comel

Views
KAK NAM- Akhirnya jejaka yang diminati ramai wanita, Tomok sudah pun menjadi suami orang. Bukan je sudah menjadi suami orang, malah bakal menjadi seorang ayah. Tidak lama lagi isteri Tomok akan melahirkan anak pertama mereka. Kak Nam doakan semoga semuanya selamat dan  baby  sihat. Tomok sangat manja dengan isterinya sampaikan ke mana sahaja Tomok pergi pasti isterinya ada di sisi. Untunglah Tomok ada isteri yang sangat pengambil berat pasalnya. Mari kita lihat foto mereka..jangan ada yang cemburu ok.

Foto Style Intan Ladyana Bila Bergambar

Views
KAK NAM- Intan Ladyana seorang pelakon yang popular dalam filem Adnan Sempit kini semakin menjadi-jadi pula jobnya. Maklumlah, orang kalau cantik dan bujang sentiasa menjadi rebutan ramai. Intan Ladyana yang digosipkan bercinta dengan Kamal Adli mempunyai satu style apabila bergambar. Kalau anda nak tahu apa stylenya,lihatlah sendiri gambar yang telah Kak Nam ambil dalam twitter miliknya. 

Friday, May 11, 2012

Foto Terbaru Nurul Wahab Yang Semakin Seksi

Views
KAK NAM- Tidak lama lagi penyanyi Nurul Wahab atau dikenali dengan Nurul, akan menamatkan zaman jandanya dengan seorang jejaka mat saleh. Lepas bercerai dengan bekas suaminya Ajai seorang komposer terkenal, Nurul terus dapat mat saleh. Wah! kira taste Nurul ni tinggi jugalah Kak Nam rasa. Mungkin ke disebabkan dia nak up sikit dari bekas suaminya dan tunjukkan yang dia boleh dapat lebih baik? Itu Kak Nam no komen..Malas nak cerita panjang lagi, jom kita lihat foto Nurul yang telah diupload dalam twitternya. Boleh di anggap seksi jugalah.

Johan Rajalawak Tidak Sertai Sepahtu

Views
KAK NAM- Johan menegaskan khabar angin bahawa dia bakal menyertai kumpulan lawak Sepahtu adalah tidak benar sama sekali.Dia terkejut apabila khabar angin tersebut menjadi perbualan umum malah telahpun diberitakan di ruangan pojok pada sebuah akhbar Ahad lalu.

Siti Sarah Tak Yakin Menyanyi Selepas Bersalin

Views
KAK NAM- Penyanyi wanita Siti Sarah Raisudin isteri kepada pelawak Shuib Sepah mengakui bahawa dia kurang yakin untuk merakamkan lagu baru selepas dia melahirkan anak pertamanya Uwais Alqarni, pada Disember tahun lalu. Siti Sarah berkata, dia rasa suaranya kurang mantap seperti dahulu selepas melakukan pembedahan semasa melahirkan anaknya itu.

Hafiz Tolak Tuduhan Disantau Dalam ‘Mania’

Views
KAK NAM- Hafiz yang popular sejak memasuki rancangan realiti tv Akademi Fantasi menyatakan bahawa dia menolak dakwaan bahawa dia telah disantau semasa bersaing dalam program  Mania beberapa minggu lepas. Ada pihak mengatakan bahawa Hafiz terkena santau kerana semasa membuat persembahan prestasi Hafiz betul-betul terjejas. Kalau anda nak tahu apa cerita selanjutnya, jom lihat komen Hafiz.

Thursday, May 10, 2012

13 Foto Honeymoon Fasha Sandha Dan Jejai

Views
KAK NAM- Pengantin baru Fasha dan Jejai baru sahaja pergi honeymoon di Pulau Redang, Terengganu dan foto romantik mereka telah di upload oleh Fasha Sandha dalam Facebooknya untuk tontonan peminat. Oleh itu, Kak Nam tidak melepaskan peluang untuk kongsikan foto mereka pada anda semua.

16 Foto Terbaru Nora Danish Di Umrah

Views
KAK NAM- Kini Nora Danish sedang mengerjakan Umrah di Tanah Suci Kota Makkah bersama-sama dengan keluarga dan juga Adi Putra. Mesti ramai yang tertanya-tanya mengapa Adi Putra pergi mengerjakan Umrah bersama-sama dengan Nora Danish tanpa isteri tercintanya disisi. Jangan salah sangka, Nora Danish dan Adi Putra bukanlah sedang bercinta seperti yang di gosipkan, sebenarnya mereka adalah kawan rapat tidak lebih dari itu. Jom kita lihat foto terbaru mereka semasa mengerjakan Umrah yang di upload oleh Nora Danish dalam twitternya.

Foto - Beza Budaya Tidak Halang Nurul Pilih Eric Calon Suami

Views
KAK NAM- Penyanyi Nurul Wahab tidak melihat kelainan budaya antara beliau dengan bakal suami iaitu Eric Daniel Depp sebagai satu halangan untuk mereka mengecap bahagia.Nurul berkata, dia menerima Eric seorang warganegara Perancis kerana ketulusan dan kriteria yang diinginkan daripada lelaki berusia 47 tahun itu.

Aliff Aziz Belum Sedia Jadi Rakyat Malaysia

Views
KAK NAM- Penyanyi yang berasal dari Singapore telah mencungkil bakat dan menjadi popular di negara Malaysia Aliff Aziz, membuat kenyataan bahawa dia belum bersedia tukar kerakyatan Malaysia walaupun dia banyak menghabiskan masa di negara ini untuk kerjaya nyanyiannya. 

Hanez Suraya Selesa Berkawan Dengan Awi Rafael

Views
KAK NAM- Hanez Suraya pelakon wanita yang semakin naik namanya semenjak drama 3 Janji disiarkan, selesa menjalinkan hubungan dengan Awi Rafael yang dikatakan bercinta dengannya.Mungkin jodoh Hanez dengan awi Rafael. Kita doakan yang terbaik untuk mereka. Mari kita lihat komen Hanez Suraya yang dipetik dari akhbar mStar.

Wednesday, May 9, 2012

Foto Pak Nil Bersanding

Views
KAK NAM- Pasti ramai yang ingin lihat Aznil Hj Nawawi atau dikenali sebagai Pak Nil menjadi raja sehari. Pak Nil mengenakan baju sedondon berwarna purple segak bergaya duduk di atas pelamin semasa rancangan mania. Mari kita saksikan foto menarik tersebut..

Elfira Loy Pula Jadi Duta Maybelline

Views
KAK NAM- Elfira Loy yang kini berusia 18 tahun ini bakal diperkenalkan sebagai wajah baru Maybelline dalam satu majlis yang akan diadakan di sebuah restoran terkemuka di ibu negara pada 10 Mei ini. Malah, bagi merealisasikan pembabitannya itu, Elfira Loy telah disolek dengan beberapa gaya dan penampilan sesuai dengan usianya yang masih muda belia serta auranya sebagai selebriti popular tanah air.

Almy Nadia Terkejut Fizz Fairuz Buka Mulut Soal Kahwin

Views
KAK NAM- Pelakon yang popular dengan watak Emelda dalam drama Cinta Emelda terkejut dengan laporang kekasihnya Fizz Fairuz berhasrat untuk mengahwininya tahun ini. Almy, 25, berkata, dia tidak dapat memberi sebarang reaksi berhubung kenyataan itu kerana tidak mengetahui apa-apa tentang hasrat Fizz.

Bapa Aidil Zafuan masuk hospital

Views
KAK NAM- Baru-baru ini isu kes pergolakan rumahtangga artis terkenal Rita Rudaini dan juga pemain bola sepak negara Aidil Zafuan menjadi kontroversi yang hangat. Ketika kes penceraian itu berlangsung di mahkamah bapa Aidil, Abdul Radzak Salleh, 62, dikejarkan ke hospital kerana kesihatan yang tidak menentu. Adakah disebabkan tertekan dengan kontroversi rumahtangga mereka membuatkan ayahnya jatuh sakit? Kalau anda nak tahu cerita sebenar, lihat komen kembar Aidil Zafuan iaitu Zaquan Adha di bawah yang diambil dari akhbar sinar.

Tuesday, May 8, 2012

Penyebaran Gambar Syamsul Yusof & Nurul Ain Perbuatan Khianat

Views
KAK NAM- Nurul Ain Nordin (Ain) menganggap penyebaran gambarnya dengan Syamsul Yusof di Internet adalah perbuatan khianat pihak-pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengannya.Ain, 24, yang juga penerbit filem itu berkata dakwaan mereka mempunyai hubungan istimewa juga adalah tidak benar sebaliknya dia telah mengenali Syamsul sejak menjalani latihan praktikal di Skop Production beberapa tahun lalu.

Dayang Masih Kekok Selepas Setahun Guna Telefon

Views
KAK NAM- Dayang Nurfaizah seorang penyanyi wanita yang berkulit hitam manis dengan suaranya yang merdu membuat pengakuan bahawa dia kekok menggunakan telefon bimbit yang baru dibelinya. Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 30, yang selama ini tidak mempunyai telefon bimbit akhirnya terpaksa memiliki peralatan itu sejak setahun lalu demi tuntutan kerja.

Jehan Miskin Belum Sedia Untuk Kahwin

Views
KAK NAM- Jehan Miskin, 33 berkata, dia ingin memberi fokus kepada kariernya terlebih dahulu lebih-lebih lagi dia kini sibuk dengan urusan penerbitan program televisyen menerusi syarikat produksi miliknya, Mastermind Group. Dia mengakui masih belum bersedia untuk bergelar suami dan tidak menetapkan tempoh masa untuk mendirikan rumah tangga.

Bekas Isteri Jimmy Shanley "Hamil Anak Haram"

Views
KAK NAM-  ‘Pi lah ada aku kisah’ itulah perkataan yang diluahkan oleh salah seorang pasangan bekas suami isteri Jimmy Shanley dan Nursuhaila  di mahkamah semalam.  Pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley memberitahu Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam, isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy pernah mendakwa mengandung anak haram dan mengugut mahu menggugurkan kandungan itu jika ia anak Jimmy.

Fizz Fairuz Dan Almy Nadia Kahwin Tahun Ini

Views
KAK NAM- Seorang demi seorang artis tanah air kita yang mendirikan rumahtangga, termasuklah pelakon Tv paling popular Fizz Fairuz yang berhasrat untuk membina masjid dengan pelakon wanita Almy Nadia pada tahun ini. Kak Nam dengar cerita mereka akan mendirikan rumahtangga selepas ibu Fairuz balik dari Umrah. Semoga hajat mereka tercapai dan hidup bahagia Kak Nam doakan..

Kontroversi Status FB Saiful Apek Terhadap David Teo

Views
KAK NAM- Hari ini timbul lagi kontroversi yang agak panas antara Saiful Apek dan David Teo. Menurut sumber, Saiful Apek telah menulis status seolah-olah memerli David Teo berkenaan isu arwah Bob Kuman sebelum ini. menurut sumber, Saiful Apek tidak berpuas hati dengan David Teo berkenaan isu tersebut. 

Monday, May 7, 2012

Foto Fasha Sandha Selepas Kahwin

Views
KAK NAM- Pelakon wanita yang penuh kontroversi akhirnya selamat menamatkan zaman bujangnya dengan seorang anak Dato' iaitu Jejai bekas suami kepada Nora Danish. Ramai yang telah membuat spikulasi kenapa nora tidak hadir pada majlis perkahwinan Jejai dan Fasha dan tarikh dia pergi mengerjakan Umrah pada hari yang sama. Bagi Kak Nam itu hak masing-masing untuk hadir ke sesuatu majlis atau tidak. lagi pun Nora Danish tidak dijemput pada majlis perkahwinan Fasha dan Jejai..kenapa ye?? Mari kita lihat foto terbaru Fasha selepas bergelar isteri.

Foto Farahdhiya bersama kekasih, Datuk S di majlis kahwin Fasha

Views
KAK NAM- faradhiya dan juga kekasihnya hadir di majlis perkahwinan Fasha Sandha dan Jejai. Di fahamkan, kekasihnya ini berkacukan Melayu-Arab bernama Datuk S.   Menurut sumber, dia terserempak dengan mereka di sebuah pusat membeli-belah di Jakarta bersama Farahdhiya sambil berpegangan tangan.

Foto Terbaru Dato Siti Yang Asli

Views
KAK NAM- Gambar terbaru Dato Siti Nurhaliza yang ingin Kak Nam paparkan adalah gambar yang di upload dalam twitternya baru-baru ini tanpa make up. Kelihatan kulit Dato Siti sangat cantik dan licin walaupun tanpa foundation. Ternyata Dato Siti mempunyai keayuan wajah yang cukup asli..mari sama-sama kita lihat.

Foto Baju Pengantin SchAwal 2 Pereka

Views
KAK NAM- Rasanya tidak terlambat untuk Kak Nam ucapkan tahniah kepada pasangan pengantin baru Scha dan Awal. Pastinya setiap pasangan raja sehari inginkan dirinya kelihatan begitu anggun dan tampan pada hari yang cukup bahagia itu. Menyerikan majlis pernikahan dan berinai yang telah berlangsung malam kelmarin, SchAwal telah memilih dua pereka fesyen popular tempatan, Syaiful Baharim dan Rizman Ruzaini untuk tampil hebat pada kedua-dua acara penting dalam hidup mereka itu.

Foto Akma AF Bertunang

Views
KAK NAM- Seorang lagi artis kita akan mendirikan rumahtangga. Tahniah Kak Nam ucapkan kepada Akma bekas pelajar Af3 kerana selamat bertunang dan akan bernikah pada 30 Jun 2012. Akma kelihatan sangat anggun dengan busana berwarna pink. Mari kita sama-sama lihat foto di bawah..

Fezrul Khan Tamatkan Zaman Bujang

Views
KAK NAM- Selamat pengantin baru Kam Nam ucapkan kepada pelakon yang popular dalam drama yang kebanyakkannya seram, Fezrul Khan. Fezrul Khan baru-baru ini telah mendirikan rumah tangga bersama pasangannya bernama Hafizah. Untuk info, Fezrul popular melalui banyak drama popular seperti Jelatang, Ulek Mayang dan lain-lain lagi.

Tomok - Hadiah Paling Sempurna

Views
KAK NAM- Penyanyi yang sangat macho dan digilai ramai wanita semenjak popular dengan kumpulan Newboz dulu, kini sedang menghitung hari untuk bergelar ayah. Tomok, 27 Cukup ‘stylo’ dan lagaknya juga masih keremajaan, bagaimana agaknya Shah Indrawan Ismail atau lebih dikenali dengan gelaran Tomok ini akan mengubah dirinya dengan gelaran baru yang besar tanggung jawabnya itu?

Friday, May 4, 2012

Imbas Kembali Setiap Pemergian Artis Tanah Air Yang Disayangi..Al-Fatihah

Views
KAK NAM- Setiap manusia yang hidup di dunia sementara ini pasti akan kembali ke tempat asal. Seperti yang kita tahu bahawa kenikmatan dan kesenangan yang kita perolehi sekarang ini adalah pinjaman dariNya untuk kita sama-sama tahu nikmat bersyukur. Termasuklah ahli keluarga dan diri kita sendiri serta golongan selebriti-selebriti tanah air yang kita sayangi akan meniggalkan dunia yang indah ini. Pada hari Jumaat yang penuh Rahmat ini, Kak Nam ingin paparkan dan kongsi bersama anda kenangan-kenangan arwah-arwah selebriti yang telah pun meninggal dunia. Sama-sama kita sedekahkan al-fatihah untuk mereka..

Foto - Arwah Bob Kuman Sebenarnya Baru Berkahwin Bulan Lalu

Views
KAK NAM- Mungkin ramai yang tidak tahu, namun Bob Kuman baru sahaja mendirikan rumahtangga untuk kali yang kedua pada 8 April lalu.Menurut personaliti TV3, Mazidul Akmal Sidek yang juga merupakan jiran Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd. Rawi, 41, perkahwinan itu adalah kali yang kedua selepas pelakon yang menghadapi masalah obesiti itu gagal dalam perkahwinan pertamanya beberapa tahun lalu.

Adira Akui Rapat Dengan AG Coco (Hujan)

Views
KAK NAM- Adira mengakui dia tidak menolak sekiranya pemain gitar kumpulan Hujan iaitu AG Coco ditakdirkan menjadi suaminya.Adira berkata, AG atau nama sebenarnya Hedzry Hafiz merupakan lelaki yang paling rapat dengannya, malah memiliki ciri-ciri lelaki idaman seperti yang diinginkan. Tambah Adira, dia juga sering berkunjung ke studio milik AG, Kamar Seni, di mana mereka akan bekerjasama menyiapkan beberapa lagu bersempena dengan memperingati Allahyarham Datuk Sudirman Arshad.

Rihanna Cari Lelaki Berbau Wangi

Views
KAK NAM- Kebanyakan wanita lebih teruja mencari lelaki kacak, penyanyi Rihanna pula mendedahkan dia mencari seorang lelaki yang mempunyai bau badan yang menyenangkan. Penyanyi kelahiran Barbados itu turut mengakui dia mahu menambahkan berat badannya.

Nik Aziz Tersalah Bob..Jangan Keliru, Bukan Bob Lokman Yang Meninggal

Views
KAK NAM- Setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan. Tak semua manusia yang sempurna..termasuklah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz yang tersalah orang dan mengatakan Bob Lokman telah meninggal dunia petang semalam. Seperti mana yang kita semua tahu, bahawa yang meninggal dunia petang semalam adalah Bob Kuman. Kepada mereka yang membaca twitter Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat harap-harap maafkanlah dia.

Ibu Jejai Tidak Hadir Tanda Perkahwinan Tak Direstui!! NO KOMEN kata Fasha

Views
KAK NAM- Fasha dan Jejai selamat bernikah dalam satu majlis sederhana pada 27 April lalu di Hotel Crowne Plaza Mutiara di sini. Pada upacara akad nikah yang dihadiri kira-kira 250 tetamu itu, wakil keluarga Jejai yang kelihatan hanyalah bapanya sahaja sebaliknya ibu beliau iaitu Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah tidak berada pada majlis tersebut. Pelakon Fasha Sandha yang baru mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli (Jejai) enggan mengulas dakwaan kononnya perkahwinan beliau dengan anak bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib itu tidak mendapat restu.


Foto Pra-Perkahwinan SchAwal Dimanipulasi Pakar Indonesia

Views
KAK NAM- Debaran bakal pengantin pasangan yang cukup popular Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya kini semakin tiba. Mereka akan diijab kabulkan dan bergelar suami isteri pada bulan ini. Oleh itu, foto pra-perkahwinan personaliti televisyen terkenal, Awal Ashaari dan Scha Alyahya telah pun diedarkan kepada media. Konsep foto yang dirakamkan merupakan idea asal oleh jurufoto professional, Saiful Nang bersama pasukannya di CandidSyndrome.


Gambar Nora Danish Ke Umrah Dengan Adi Putra

Views
KAK NAM- Pada hari Nora Danish pergi mengerjakan Umrah adalah sama dengan hari kebahagiaan bekas suaminya, Jejai dengan Fasha Sandha bernikah. Bukanlah alasan Nora Danish pergi Umrah pada hari berkenaan untuk menutup hati yang luka, tetapi hatinya sudah terbuka untuk ke tempat suci itu dan kebetulan tarikh berkenaan sama dengan tarikh bekas suaminya dan Fasha Sandha akan diijab kabul. mari kita saksikan  foto Nora Danish semasa ke Umrah.

Video- Pengurusan Jenazah Arwah Bob Kuman

Views
KAK NAM- Seperti mana yang kita semua tahu, bahawa pelawak terkenal Bob Kuman telah pun kembali ke rahmatullah semalam pada pukul 4.32 ptg. Dengan berita yang sangat mengejutkan ini membuatkan semua keluarga,peminat dan juga kawan-kawan rapat arwah Bob Kuman sangat sedih. Marilah kita sama-sam doakan Al-Fatihah kepada arwah semoga rohnya dicucuri Rahmat...Al- Fatihah........Sama-samalah kita hayati video di bawah.


Thursday, May 3, 2012

Takziah- Bob Kuman Telah Meninggal Dunia

Views
KAK NAM- Marilah sama-sama kita sedekahkan al-fatihah kepada arwah pelakon dan juga pelawak tersohor Husni Rawi atau Bob Kuman semoga rohnya ditempatkan.dengan orang-orang beriman. Dia disahkan meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, jam 4.38 petang ini. Kematian artis komedi terbabit yang berusia 40 tahun disahkan jururawat yang menjaganya sejak 15 April lalu, Mohd Farid Hamzah.


MAJLIS RESEPSI AZZA & WATIE ELITE SERENTAK

Views
KAK NAM- Watie Elite, Azza Elite dan pasangan mereka Joey serta Azlan telah mengadakan majlis resepsi perkahwinan secara serentak semalam. Majlis berlangsung di Bangi, Selangor iaitu di kediaman Setiausaha Akhbar Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ruhaidini Abd Kadir. Mari kita sama-sama saksikan foto resepsi mereka.


Foto - Syamsul Yusuf Tangkap Cintan Dengan Pengarah Seorang Pengarah.

Views
KAK NAM- Menurut dari sumber tertentu, seorang krew yang bekerja dalam penerbitan filem yang menggelarkan dirinya 'EX KREW OH MAK KAU' telah menghantar email. menurut email yang dihantar, pengarah tersohor Syamsul Yusof seolah-olah 'angau cinta' dengan seorang pengarah baru hingga sanggup merendahkan martabatnya sebagai seorang pengarah bertaraf jutawan!


Update : Video Majlis Pernikahan Fasha Sandha & Jejai

Views
KAK NAM- Tahniah Kak Nam ucapkan kepada pasangan bahagia Jejai dan juga Fasha kerana sudah selamat bergelar suami isteri. Pada 27 April lalu, pasangan ini telah mengadakan majlis pernikahan yang sangat meriah di Windows on KL, Crowne Plaza Mutiara, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Mungkin ramai diantara anda yang sudah pun melihat video pernikahan mereka yang sangat meriah itu. So, hari ini Kak Nam ingin paparkan semula video tersebut sebagai ulangan bagi mereka yang belum lagi melihat..selamat menonton.


Zizan dijangka keluar wad hari ini

Views
KAK NAM- Zizan Razak dilaporkan semakin sembuh setelah dimasukkan ke wad Pusat Perubatan Pantai, Bangsar Ahad lalu akibat masalah keradangan otot. Menurut sumber, kejadian berlaku sewaktu Zizan sedang bersiap untuk bertolak ke Ipoh bagi menjayakan siaran live Melodi Jom Heboh.


Awal Ashaari & Scha Bulan Madu Di New York

Views
KAK NAM- Bakal pengantin pasangan yang popular dan juga bahagia, Awal serta Scha telah memilih New York sebagai tempat percutian bulan madu mereka.Awal dan Scha sepakat untuk memilih New York kerana merasakan terdapat banyak lokasi menarik yang boleh dilawati di sana dan akan berbulan madu selama 10 hari.