Blogger-Blogger Femes

Thursday, May 31, 2012

Tahniah! Ina Naim Selamat Lahir Anak Ke 3

Views
KAK NAM Ina Naim atau nama sebenarnya Nordiana Md Naim selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.3 kilogram di Hospital Kota Tinggi (HKT) di sini, pada jam 8.35 pagi semalam. Bila sebut je bekas tunang Mawi pasti anda baru teringat siapa Ina Naim. Tahniah sekalai lagi Kak Nam ucapkan kepada Ina Naim dan suami kerana telah dikurniakan anak ke 3 yang sihat. 


“Sebelum ini Ina mengharapkan bayi perempuan kerana ingin tahu bagaimana melayan kerenah bayi perempuan berbanding lelaki.
“Malah, naluri keibuan mahukan anak perempuan sebagai peneman dan kawan apabila dia besar kelak.
“Syukur berkat solat hajat dan doa Ina serta suami, permintaan itu dimakbulkan,” katanya

 

Suami Ina Naim, Mohd Suhaimi yang juga penyanyi kumpulan nasyid In-Team berkata, kelahiran bayi perempuan itu bagaikan melengkapkan keluarganya kerana kini, mereka dikurniakan dua anak lelaki dan seorang anak perempuan sepanjang lima tahun mendirikan rumah tangga.

“Kami belum memutuskan nama untuk bayi perempuan ini, tetapi sudah mempunyai beberapa cadangan yang akan diputuskan kelak.
“Bagi saya, lebih penting nama diberikan itu memberikan makna bagi menggambarkan kelembutan dan kesopanan seorang wanita,” katanya. -Metro




2 25 komen terhebat!!:

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!