kenduri doa selamat dan tahlil ringkas buat puteri tercinta, Cahaya Malaika berlangsung lancar. Puteri sulung milik pasangan Mawi dan isterinya, Nor'Asikin Rahmat atau Ekin itu kini sudah memasuki usia tiga bulan selepas selamat dilahirkan pada tanggal 28 Februari lalu.
Perkembangan Cahaya Malaika
"Majlis ini diadakan untuk tujuan akikah Cahaya memandangkan majlis cukur jambul, berzanji dan marhaban dibuat terlebih dulu sempena perkahwinan adik saya di Kulai, Johor, sebelum ini," ujar Mawi ketika ditemui di kediamannya di Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi, Selangor kelmarin.
"Tiada yang istimewa pun tarikh untuk kenduri kesyukuran hari ini (Ahad), tapi sebab cuti hujung minggu, jadi tetamu pun senang datang sebab ada kelapangan.
"Kebetulan pula keesokan hari iaitu (Isnin), umur Cahaya genap tiga bulan," tambah Mawi.
"Sekarang kalau ada cerita kartun di kaca televisyen, Cahaya akan diam dan tengok saja, buat masa sekarang pembesarannya sama seperti bayi lain," luah Mawi berukir senyuman.
"Selagi baik untuk dia, kami sebagai ibu bapa sokong, tak kisah kalau dia suka untuk terlibat dalam bidang seni.
"Kalau dia mahu jadi artis, jadilah artis yang baik, kami ikut saja apa yang dia suka," kata Mawi - Petikan
Tak Popular
"Saya masih menerima undangan untuk mengadakan persembahan, cuma tidak sebanyak selepas saya keluar daripada AF dulu. Sekurang-kurangnya empat atau lima kali dalam masa sebulan.
"Walaupun kadar bayaran sekarang tidak seperti ketika saya popular dahulu, tapi saya masih boleh menyara kehidupan keluarga saya. Tuduhan bahawa saya sudah muflis sebelum ini tidak benar sama sekali dan Insya-Allah saya masih boleh hidup dalam bidang seni," tegasnya.
"Saya sudah bersedia dari awal-awal lagi, selain bidang nyanyian yang merupakan sumber periuk nasi, saya turut mencuba bidang penerbitan. Saya yakin bidang yang sedang saya usahakan ini berkekalan untuk jangka masa yang panjang," getusnya penuh yakin.
Tambah Mawi lagi: "Selagi peminat mahukan saya menyanyi, saya akan terus menyanyi. Saya tidak akan berundur."
biar tak popular...asalkan bahagia dgn keluarga. itu lg penting :)
ReplyDeleteyup..setuju sgt lah komen zie tu..
Delete