Blogger-Blogger Femes

Thursday, May 17, 2012

Ady Putra Memfailkan Cerai

Views
KAK NAM- Pelakon hero yang cukup popular,Ady Putra hari ini telah menyatakan dalam akhbar bahawa dia akan menfailkan cerai di mahkamah terhadap isterinya, pada 11 Mei lalu. Menurut Ady, dia tidak mahu bercerita lanjut mengenai perceraiannya itu, tetapi apa yang pasti mereka tiada persefahaman. Ady berkata, dia dan Aida berpisah secara baik dan keputusan itu dibuat selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka gagal.



“Dalam setiap kebahagiaan pasti ada kedukaan dan saya tak jangka perkara ini (perceraian) akan berlaku dalam rumah tangga saya,” kata pelakon Ady Putra, 31, yang bercerai dengan isterinya, Aida Yusof.
“Perpisahan ini bukan mengenai isu tak ada anak atau pun ada orang ketiga, tetapi berpunca daripada masalah dalaman suami isteri yang agak sukar untuk saya ceritakan kerana bimbang mengaibkan orang lain,” katanya.
 

“Ketika saya pergi mengerjakan umrah, baru-baru ini, saya mohon segala yang terbaik daripada Allah terutama kebahagiaan dalam rumah tangga, tetapi apakan daya saya kerana setakat ini saja jodoh kami,” katanya. - Petikan








2 25 komen terhebat!!:

  1. lorh sygnya dah bercerai...hurm lps ni ramai la yg kejar ady putra kan??maklum la hensem orgnya...tp suka tgk ady putra dgn nora danish..hope ada la jodoh mereka...sesuai sgt la tu..si duda dgn si janda...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..ada artis yg kahwin dan juga yang bercerai. Yang bercerai main2 pun ada..

      Delete

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!