Blogger-Blogger Femes

Thursday, May 17, 2012

(Gambar) Luahan Hati Abby Dalam Bilik 7

Views
KAK NAM- Penerbit Bilik 7, Engku Azmin Engku Zaini meyakinkan bahawa Abby sudah bersedia. Alhamdulilah, semoga cerita negatif berkisar pelakon yang berasal dari Kuala Lumpur ini boleh dijadikan teladan. Berkahwin sesama artis bukan satu tanggungjawab yang mudah? Bagaimana pula perasaannya apabila suami tercinta ‘dirampas’ wanita lain? Kekasih yang disayangi akhirnya berada dalam pelukan orang lain. Duka di hati Abby Abadi tiada siapa yang tahu. Mari kita lihat seba sedikit luahan hati Abby Abadi semasa dalam rancangan Bilik 7.




“Saya rasa lebih tenang dan belajar banyak perkara yang mana sebelum ini saya buat sambil lewa saja. Saya rasa inilah satu-satunya peluang yang ada untuk saya perbetulkan apa yang kurang dalam diri saya,” jelas Abby.

“Anak-anak adalah harta paling berharga buat saya. Mereka adalah jiwa dan semangat saya. Saya tak sanggup kehilangan anak-anak,” katanya.


“Saya sedih dan tak dapat hendak menggambarkannya melalui kata-kata. Tapi saya reda dengan ketentuan Tuhan. Mungkin ada kesilapan yang saya lakukan tanpa sedar sebelum ini. Mungkin ini ujian Tuhan buat saya.


“ Biarpun hati saya terluka untuk melepaskan Zul pergi, tapi saya tak ada kuasa untuk mengubah keadaan. Di sudut hati ini, saya ingin melihat orang yang disayangi bahagia dengan caranya tersendiri,” kata Abby lagi.

Saksikan semua itu dalam program hati ke hati, Bilik 7 hanya di ntv7, mulai jam 9 malam ini. - Petikan






4 25 komen terhebat!!:

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!