Blogger-Blogger Femes

Monday, May 7, 2012

Tomok - Hadiah Paling Sempurna

Views
KAK NAM- Penyanyi yang sangat macho dan digilai ramai wanita semenjak popular dengan kumpulan Newboz dulu, kini sedang menghitung hari untuk bergelar ayah. Tomok, 27 Cukup ‘stylo’ dan lagaknya juga masih keremajaan, bagaimana agaknya Shah Indrawan Ismail atau lebih dikenali dengan gelaran Tomok ini akan mengubah dirinya dengan gelaran baru yang besar tanggung jawabnya itu?

BAKAL AYAH...Tomok dijadual menimang cahaya mata pada bulan ini.

"Tiada apa yang boleh menggambarkan perasaan saya pada saat ini. Apatah lagi buat pertama kali menjadi seorang ayah, saya sangat teruja dan tidak sabar-sabar untuk merasai pengalaman ini. Sedar tidak sedar, rupanya tidak lama lagi saya akan beralih ke fasa baru iaitu berkeluarga dan menimang anak.

Foto

Foto

Foto

"Bagaimanapun, perasaan gementar itu memang tidak dinafikan tetap ada memikirkan selepas ini tanggungjawab saya akan menjadi lebih berat. Setakat ini, saya dan isteri sudah ada beberapa nama untuk anak kami nanti namun belum memilih yang paling sesuai lagi. Syukurlah, tidak ada apa-apa yang tidak diingini berlaku kepada isteri saya dan malah sepanjang proses dia mengandung juga OK,” jelasnya gembira. - sumber 








0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!