KAK NAM- Nurul Ain Nordin (Ain) menganggap penyebaran gambarnya dengan Syamsul Yusof di Internet adalah perbuatan khianat pihak-pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengannya.Ain, 24, yang juga penerbit filem itu berkata dakwaan mereka mempunyai hubungan istimewa juga adalah tidak benar sebaliknya dia telah mengenali Syamsul sejak menjalani latihan praktikal di Skop Production beberapa tahun lalu.
“Sudah berulang kali saya memberikan penjelasan mengenai hubungan kami namun saya sedar tidak mudah untuk meyakinkan orang untuk menerima apa yang saya katakan.
“Hakikatnya, kami hanya kawan. Hubungan kami adalah atas dasar profesional kerana dia banyak membantu membimbing saya di lokasi penggambaran filem OMK dan tidak lebih daripada itu,” katanya
“Saya ada bercakap dengan Syamsul mengenai perkara ini. Saya mohon agar isu ini tidak dibesar-besarkan kerana saya tidak mahu perkara remeh-temeh begini menimbulkan perasaan kurang selesa kepada Syamsul, bapanya Datuk Yusof dan mereka sekeluarga yang saya hormati.
“Apatah lagi dakwaan itu adalah tidak benar jadi saya bimbang ia akan melukakan hati kekasih Syamsul pula,” ujarnya yang mengakui belum mempunyai kekasih.
“Dakwaan itu bukan strategi kami untuk mempromosikan OMK. Bagi saya, masih terlalu awal untuk tujuan itu kerana filem ini baru tamat penggambaran dan kini dalam proses suntingan dalam talian.
“Kalau semuanya lancar, ia mungkin akan ditayangkan pada hujung tahun ini. Jadi, tak mungkinlah kami sengaja mengada-adakan kontroversi ini untuk promosi pula," jelasnya. - sumber
0 25 komen terhebat!!:
Post a Comment
Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!