KAK NAM- Tidak lama lagi akan berlangsungnya ikatan perkahwinan antara Noorul Huda Abdul Wahab, 35, dengan duda Perancis, Eric Daniel Depp, 47, penyanyi dan pelakon itu mengharapkan apa yang diimpikan dalam sebuah perkahwinan akan tercapai. Pasti ramai yang tidak sabar menantikan hari itu untuk melihat kecantikkan Nurul. Mari kita lihat komen Nurul yang dipetik dari akhbar Metro.
“Dulu saya berkahwin mengikut istiadat Melayu 100 peratus, namun sekarang ia lebih kepada ala Inggeris. Dulu saya ikut saja cakap keluarga dan tidak membantah.
“Sekarang saya menguruskan sendiri majlis perkahwinan ini maklumlah, mak ayah pun sudah meninggal dunia. Sedih pula tanpa ibu dan ayah melihat hari indah saya.
“Apapun untuk perkahwinan kali ini, saya mahukan suasana majlis yang lebih intim dengan tetamu dan menjadi kenangan untuk semua. Jemputan hanya seramai 200 orang dan mereka terdiri daripada keluarga terdekat, ‘client’ dan kawan-kawan rapat saja.
“Pihak media yang saya undang pun adalah mereka yang sudah saya anggap sebagai sahabat dan tidak pernah jemu-jemu menyokong karier seni saya selama ini.
“Kembali kepada konsep perkahwinan itu, memandangkan bakal suami saya warga Perancis, Nurul gabungkan budaya Melayu dan Eropah. Mereka yang mendapat undangan Nurul tidak semestinya perlu berpakaian Melayu atau kurung saja, tetapi boleh juga mengenakan sut mahupun gaun petang,” katanya.
Lapan hari selepas majlis persandingan itu, resepsi sebelah lelaki akan diadakan dan kali ini bakal mempelai memilih untuk melangsungkan di Bali pada 14 Jun nanti.
“Eric dan saya memang sukakan Bali. Kami memilih Bali untuk resepsi dan berbulan madu. Eric pernah cakap pada saya, dia juga mahu membeli rumah di sana untuk kami menetap di situ. Pernah juga saya tanya kenapa tidak di Perancis saja, dia kata dia lebih suka kehidupan di Bali,” kata Nurul lagi.
“Sama seperti saya, Eric juga pernah mengalami kegagalan rumah tangga sebelum ini. Kekurangan dalam kehidupan kami masa lalu, sudah pasti akan diperbaiki.
“Syukur, dua tahun mengenalinya, saya nampak Eric ada ciri-ciri seorang suami yang baik. Dia ringkas, berfikiran terbuka dan sangat menghormati budaya dan agama lain.
“Paling menyentuh perasaan Nurul, dia memeluk Islam bukan sekadar memenuhi syarat untuk mengahwini wanita Muslim tapi dia sendiri memang tertarik dengan Islam. Kesungguhannya untuk mempelajari dan memeluk agama Islam menambah lagi keyakinan Nurul untuk mengakhiri hubungan kami ke jinjang pelamin.
“Satu lagi ciri yang saya suka, Eric juga sayangkan kanak-kanak. Pada awalnya Ayu (anak Nurul bersama bekas suami, Ajai) tidak berapa setuju dengan pilihan saya kerana dia bimbang Nurul kecewa lagi tapi selepas beberapa kali bertemu Eric, Ayu sendiri meminta izin saya untuk memanggil Eric sebagai ‘daddy’,” katanya.
0 25 komen terhebat!!:
Post a Comment
Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!