Blogger-Blogger Femes

Tuesday, May 15, 2012

Bekas Isteri Jimmy Pernah Ditampar Ibu

Views
KAK NAM- Pengacara popular Jimmy Shanley mendakwa bekas isterinya Nursuhaila pernah ditampar ibu kandungnya pada 1 Oktober 2010 sehingga ibu mentua Jimmy terpaksa tumpang bermalam di rumahnya.Jimmy, 31, yang memberi keterangan di Mahkamah Rendah Syariah di sini, di hadapan Hakim Syarie, Saharuddin Selamat juga mendakwa, Nursuhaila, 26, pernah datang ke rumahnya tiga hari selepas itu bagi memujuk ibunya pulang serta meminta cerai daripadanya.



“Pada 4 Oktober 2010, defendan (Nursuhaila) datang ke rumah, dia minta maaf pada saya dan minta cerai serta tidak mahu kes ini berpanjangan.
“Saya hanya mendengar penjelasannya dan ibu mertua saya kemudian balik mengikut defendan,” katanya semasa disoal balas peguam syarie yang mewakili Nursuhaila, Saadiah Din. - Petikan







2 25 komen terhebat!!:

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!