KAK NAM- Hafiz yang popular sejak memasuki rancangan realiti tv Akademi Fantasi menyatakan bahawa dia menolak dakwaan bahawa dia telah disantau semasa bersaing dalam program Mania beberapa minggu lepas. Ada pihak mengatakan bahawa Hafiz terkena santau kerana semasa membuat persembahan prestasi Hafiz betul-betul terjejas. Kalau anda nak tahu apa cerita selanjutnya, jom lihat komen Hafiz.
“Saya nafikan dakwaan itu. Saya tidak fikir ia (santau) berlaku sama sekali. Alhamdulillah, keadaan saya baik dan tiada apa-apa yang pelik dialami.
“Mungkin orang melihat prestasi saya agak merosot beberapa minggu lalu kerana tekanan yang dihadapi dalam pertandingan Mania tetapi ia tiada kaitan dengan perbuatan khianat pihak tertentu,” jelasnya
“Kalau benar ada yang berniat jahat untuk melakukan begitu, adalah lebih baik dihentikan saja. Bukan saja perkara itu berdosa, malah ia tidak mendatangkan manfaat kepada sesiapa pun.
“Saya tidak ada hak untuk membalas, biarlah Tuhan saja yang membalasnya. Saya percaya setiap perkara hanya berlaku dengan izin-Nya,” katanya.
“Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, pertandingan ini menjadi lebih mencabar kerana ia tidak diadili oleh juri profesional, sebaliknya bergantung kepada penilaian penonton yang mengundi.
“Menerusi kaedah begini, apa keputusan pun boleh terjadi. Yang bagus boleh tersingkir jika nasib undian tidak menyebelahi,” terangnya. -sumber
0 25 komen terhebat!!:
Post a Comment
Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!