Blogger-Blogger Femes

Tuesday, May 8, 2012

Dayang Masih Kekok Selepas Setahun Guna Telefon

Views
KAK NAM- Dayang Nurfaizah seorang penyanyi wanita yang berkulit hitam manis dengan suaranya yang merdu membuat pengakuan bahawa dia kekok menggunakan telefon bimbit yang baru dibelinya. Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 30, yang selama ini tidak mempunyai telefon bimbit akhirnya terpaksa memiliki peralatan itu sejak setahun lalu demi tuntutan kerja.




“Saya hanya gunakan telefon bimbit untuk berkomunikasi dengan pengurus atas urusan kerja sahaja. Saya sering letak telefon itu di merata tempat dan jarang berada di tangan kerana tidak begitu merasai kepentingannya.
“Kadang-kadang, saya boleh keluar rumah tanpa membawa telefon itu bersama sebab sudah terbiasa dengan keadaan itu selama ini,” katanya
“Jika sebelum ini, pengurus lama saya Shaliza Kader Sultan sentiasa berada dengan saya hampir 24 jam, jadi saya tidak perlu runsing mengenai jadual kerja dan lain-lain.
“Namun, pengurus baru, Sharina Ahmad tidak semestinya bersama saya pada setiap masa. Atas sebab itu, dia memujuk saya untuk mendapatkan telefon bimbit sendiri bagi melancarkan proses komunikasi.
“Malah, sejak memiliki telefon bimbit kira-kira setahun yang lalu, saya turut memanfaatkannya untuk mengemas kini akaun Twitter dan Facebook dan berinteraksi dengan peminat,” terangnya. - sumber








6 25 komen terhebat!!:

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!