Blogger-Blogger Femes

Wednesday, May 30, 2012

(Gambar) Farah Asyikin Kini Bersarung Tangan

Views
KAK NAM- Menurut sumber GUA yang Kak Nam perolehi, baru-baru ini portul tersebut telah menemubual penyanyi yang mempunyai suara sangat lantang, Farah Asyikin. Ketika ditemui GUA sewaktu menjayakan program 'Hijrahku' anjuran pelajar Komunikasi Antarapersonal, Fakulti Komunikasi & Pengajian Media, UiTM Shah Alam Ahad lalu, Farah tampil dengan imej bersarung tangan.



“Ada sebab mengapa Farah memakai sarung tangan. Sebagai seorang wanita Islam, Farah harus menjaga batas-batas aurat Farah terutamanya bila ingin bersalam-salaman dengan yang bukan muhrim. Jadi, Farah pakai sarung tangan untuk mengelakkan isu-isu sensitif sebegini berlaku."
“Farah seronok jadi pendidik di sana. Farah memang suka berkomunikasi dengan budak-budak, jadi Farah kira peluang ini datang tepat pada masanya. Farah bersyukur sangat-sangat atas rezeki yang Allah telah berikan pada Farah ini."
“Masa itu Farah dapat tengok semua dosa-dosa yang pernah Farah lakukan tapi keadaannya hanya Allah sahaja yang tahu. Farah nekad untuk berubah sebab Farah yakin sudah sampai masanya untuk Farah berbuat demikian. Alhamdulillah, mak dengan ayah serta ahli keluarga lain pun sangat gembira dengan keputusan Farah. Lebih manis lagi esoknya adik perempuan Farah yang bongsu pun turut mula memakai tudung.

 Farah Asyikin Bersarung Tangan



“Farah anggap itu antara nikmat paling besar dalam hidup Farah. Sebelum itu, dugaan demi dugaan datang tapi Alhamdulillah selepas Farah berhijrah, Tuhan murahkan rezeki dan beri ketenangan dalam diri Farah," ujar Farah yang tidak dapat menahan sebaknya sehingga menitiskan air mata.

“Sampai sekarang bila Farah ingat balik gambaran seksaan itu, Farah rasa takut sangat-sangat dan Farah harap semoga rasa insaf dan takut ini Farah akan ingat sampai akhir hayat Farah. Farah akui, lepas Farah pakai tudung ni, ada kawan yang mula menjauhkan diri dari Farah. Farah anggap itu semua dugaan untuk Farah."

“Farah masih lagi menerima undangan nyanyian yang mana sesuai dengan imej dan selagi mana tak langgar batas-batas syarak. Sebagai contohnya, bila Farah menyanyi Farah tak mahu diiringi penari. Menyanyi merupakan minat Farah dan Farah akan gunakan saluran yang betul sesuai dengan imej Farahsekarang."



12 25 komen terhebat!!:

  1. cumilnya.. hehe kirim salam bole

    ReplyDelete
  2. artis banyak skang dapat hidayah.......:-)
    lagi comeiii bertudung kan...:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. btl tu cik pink..dan ramai jg artis sekarang yg mengerjakan umrah terus dpt hidayah.

      Delete
  3. ok la kalau camtu.. artis camni br boleh jd ikutan remaja masa kini.. hhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes..kak nam suke komen ejulz..mmg artis mcm ni baru blh jd idola.

      Delete
  4. alhamdulillah.. suke :)

    ReplyDelete
  5. beliau antara yg terpilih utk mendapat hidayahNYA... bertuah sungguh dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..mudah-mudahan lebih ramai yg dpt hidayah.. insyaallah.

      Delete

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!