(Gambar) Menangis -Tomok Teman Isteri Masa Proses Bersalin
Views
KAK NAM- Tomok, 28, mendapat anak lelaki apabila isterinya Rahayu Abbas (Ayu), 32, selamat melahirkan bayi berkenaan di Pusat perubatan Prince Court, Kuala Lumpur pada pukul 6.03 petang, Selasa.Anaknya lahir dengan berat 3.33 kilogram itu masih belum diberikan nama namun bersyukur apabila proses kelahiran berjalan lancar.
"Alhamdulillah, semuanya selamat. Inilah detik paling gembira dalam hidup saya, apabila isteri dan anak saya sihat.
"Lebih bererti, saya diberi kesempatan untuk melihat proses bersalin sejak awal, serta diberi peluang untuk memotong sendiri tali pusat bayi itu. Ia pengalaman yang sangat bermakna," katanya
"Sebagai seorang lelaki, saya tahu tanggungjawab besar saya sebagai suami dan bapa. Selain sibuk dengan kerjaya, saya akan mengutamakan keluarga dan berjanji untuk bekerja keras demi kebahagiaan kami sekeluarga.
"Sebenarnya kesempatan melihat kesukaran seorang isteri bersalin menimbulkan rasa insaf buat saya sehingga menitiskan air mata.
"Inilah pengorbanan seorang isteri yang sepatutnya kita hargai," katanya.- Berita Harian
BUKAN SETAKAT LIKE.. DM kasi Google Plus sekali :) G+
ReplyDeletebukan senang taw lelaki nak teman isteri masa bersalin..
Deletewahhhh so sweet .... nak suami mcm nie gaklahhh
ReplyDeletehaaa?? hehehehe..terkejut kak nam..kalau cm tu kenalah cari pelanduk serupa si tomok ni..
Deletecomel anak Tomok..
ReplyDeletenama anak pon comel :)
kalau mama dgn papa dia comel..ank pun lg comel. :)
Deletecameyyyy.... pp bambam... huiii...
ReplyDeletetgk la berat masa baru kuar pun dh 3.33kg.. hehehe
Delete