Blogger-Blogger Femes

Monday, May 21, 2012

Nabila Huda Mengaku Rapat dengan Johan

Views
KAK NAM- Kisah hubungan yang terjalin antara dua pelakon Nabila Huda,28, dan Johan Asari, 26, sejak akhir-akhir ini sering diperkatakan, tetapi kedua-duanya seperti tarik tali dan berselindung untuk memberi penjelasan sebenar.Walaubagaimanapun Nabila Huda menjelaskan hubungannya dengan Johan adalah kawan rapat dan sering berhubung antara satu sama lain untuk bertanyakan khabar.


"Memang hubungan kami rapat dan kami selalu menghubungi antara satu sama lain jika berjauhan. Kami sering telefon dan SMS.

"Namun sebenarnya status kami adalah kawan rapat dan dia seorang kawan yang sangat baik kepada saya," katanya.


"Sebenarnya saya jadi tertekan bila orang kerap bertanyakan kepada kami adakah kami menjalinkan hubungan cinta.

"Bila kami berkawan rapat dan kerap bersama, ada pula peminat-peminat Johan terutamanya yang kurang senang dengan hubungan ini.


"Sampai satu tahap, saya pernah memberitahu dia sangat susah hendak berkawan dengan dia setelah banyak respon yang kurang senang diberikan kepada saya. Tetapi dia tetap pertahankan hubungan kami," luahnya.


"Terus-terang, saya tidak bersedia lagi untuk mempunyai hubungan serius seperti bercinta. Banyak perkara yang perlu saya fikirkan lagi.


"Malah, buat masa sekarang, bukan misi saya untuk mencari cinta dan rasanya dengan status saya sebagai ibu tunggal kepada seorang anak bukannya mudah..

"Lagipun, jika mahu memikirkan pasangan hidup kelak rasanya saya lebih selesa untuk bercinta dengan jejaka yang bukan orang yang berada dalam industro yang sama dengan saya," tambahnya lagi. - Petikan








2 25 komen terhebat!!:

  1. haha...mcm tu la dunia retis..biarlah..janji depa bahagia...

    ReplyDelete

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!