Blogger-Blogger Femes

Friday, May 18, 2012

Alya - "Dia Tetap Adik Saya"

Views
KAK NAM- Alyah bertegas mempertahankan diri apabila dituduh sebuah blog bahawa dia memberi kenyataan menyalahkan media tentang isu adiknya yang kini berhadapan tuduhan menyamun seorang warga negara Singapura. Dia sebak apabila menyentuh tentang perasaan ibunya di kampung dan ahli keluarga lain. Apa yang pasti, kata Alyah, biar sekuat mana badai menghempas dirinya, dia harus bertahan kerana sepanjang 12 tahun menjadi anak seni, dia sudah terbiasa bergelut untuk survival antara sebuah kehidupan dan karier.


"Saya terima semua perkara yang terjadi dengan hati terbuka," katanya ringkas sambil menghela nafas panjang. Alyah mengambil sedikit masa sebelum mula kembali bercerita: "Sejujurnya kami sekeluarga tahu akan hal tersebut sejak dua bulan lalu (kes adiknya didakwa menyamun).
"Kami terima ia dengan hati yang terbuka kerana hanya kami yang tahu kisah sebenar. Cuma yang membuat hati saya tersentuh dan kurang senang apabila ada segelintir khalayak sesuka hati untuk mencemuh dengan berkata 'penyamun dan sampah masyarakat, tak cukup ke duit kakak kau menyanyi sampai nak menyamun?'

 
"Saya kira, itu tohmahan yang terlalu kasar buat kami. Bayangkan jika kalian berada dalam situasi kami."
"Saya hanya tinggal ibu seorang sahaja di dunia. Saya tidak mahu kehilangan dia kerana cerita-cerita begini. Impak dan tekanan yang diterima ibu di kampung cukup kuat. Jadi, saya hanya menulis untuk menjelaskan situasi kami dan impak terhadap penyebaran yang berlaku, bukan saya menyalahkan pihak media. Saya tidak berniat berbuat begitu.
"Cuma saya sangat berharap kepada para blogger agar jangan menambah masalah kami dengan menyalah lapor atau membuat andaian sendiri terhadap sesuatu perkara tanpa bertanya kepada tuan badan. Biar apapun kata orang, baik atau buruk dia, dia tetap adik saya," katanya lagi.

"Saya mengaku, sewaktu lagu Tak Mungkin Kerna Sayang meletup, ramai yang tak tahu lagu itu dinyanyikan oleh saya. Malah sewaktu beberapa lagu lain saya mula meningkat naik, ada rakan artis yang anggap saya tak ubah seperti pendatang baharu yang tak lama dalam industri.
"Mereka juga tak mahu berkawan dengan saya. Ya, saya tidak mempunyai kawan dalam kalangan artis sebab bukan saya yang tak mahu berkawan dengan mereka, tetapi mereka yang tidak mahu berkawan dengan saya.
"Sebab itu sehingga kini, selepas nama saya semakin dikenali, saya sudah terbiasa sendiri, sudah terbiasa tak punya kawan dan saya okay begini," katanya berterus-terang. -Kosmo





0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!