KAK NAM- Pelakon Que Haidar yang membuat keputusan meninggalkan dunia lakonan kira-kira setahun lalu tidak dapat berbohong kepada dirinya bahawa dia sebenarnya merindui dunia seni itu. Que berkata, Linda tiada kena mengena dengan keputusan itu kerana dia juga berhak terhadap sebarang tindakan disebabkan studio tersebut adalah hak milik mereka bersama. "Saya sudah letih orang asyik mengaitkan sebarang keputusan saya adalah menurut kehendak isteri walaupun dia langsung tidak bersalah.
"Saya terlibat dalam karya ini kerana saya suka dengan naskhahnya. Paling tidak ia dapat juga mengubat kerinduan saya sebagai pelakon," katanya
"Saya tidak mahu lagi melayan perkara itu kerana apa lebih penting sekarang adalah kebahagiaan kami berdua.
"Sudah penat saya melayan permintaan orang dan sudah tiba masanya saya buat apa yang menggembirakan saya dan teater ini adalah salah satu daripadanya," kata Que.
"Ini juga adalah satu sebab mengapa saya setuju untuk terlibat kerana terharu dengan kesungguhan mereka yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menjayakan pementasan teater ini.
"Ia juga dihasilkan untuk tujuan amal yang mana sebahagian wang daripada jualan tiket akan didermakan kepada Pride Foundation bagi membantu pesakit kanser payudara," ujarnya.
"Kebanyakan tawaran yang saya terima masih watak yang sama seperti mana pernah saya bawa dulu namun sekiranya ada naskhah yang baik, saya tidak akan teragak-agak untuk menerimanya," kata Que.- Mstar.online
0 25 komen terhebat!!:
Post a Comment
Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!