Blogger-Blogger Femes

Thursday, May 17, 2012

(Video) Aidil Batal Hasrat Bercerai Dengan Rita Rudaini

Views
KAK NAM- Rasanya sudah beberapa kali keluar gosip tentang Aidil pemain bola sepak kebangsaan dan juga Rita Rudaini pelakon yang popular ingin bercerai. Hari ini keluar di tajuk utama akhbar metro menyatakan Aidil mahu batalkan hasratnya menceraikan Rita. Mungkinkah ini sekadar kontroversi yang direka oleh mereka untuk mendapatkan perhatian?? Kak Nam tidak mahu memberikan jawapannya. Anda sendiri boleh menilai.

‘Saya nak Rita’

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad membenarkan permohonan Aidil, 25, namun memerintahkannya selaku plaintif membayar kos kerugian RM250 kepada Rita, 36, kerana menarik balik kes itu di saat akhir iaitu kelmarin, sehari sebelum sebutan kes.

SERIUS...Aidil berbincang dengan peguamnya, semalam.

“Saya masih sayangkannya. Kalau boleh saya nak kembali bersama Rita dan anak-anak,” kata pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak ketika ditemui di luar Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam. 

“Kalau Rita setuju dengan permohonan kembali taat (yang difailkannya semalam), perkara ini selesai. Saya nak dia dan anak-anak balik ke rumah saya di USJ1 (Subang). Sekarang dia menetap di rumah sewa di Damansara,” katanya yang hadir di mahkamah memakai kemeja dan seluar hitam. - Petikan








2 25 komen terhebat!!:

  1. harap mereka akan kembali bersama .
    nanti kesian kat anak anak

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah..kita doakan je yg terbaik utk mereka

      Delete

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!