KAK NAM- Baru semalam Kak Nam keluarkan isu To'ki kini seorang peminta sedekah yang telah dikatakan oleh satu blog. Hari ini To'ki telah tampil untuk memberi penerangan dan dia rasa cukup kecewa kerana telah difitnah begitu. To'ki berkata, cerita berkenaan adalah fitnah semata-mata dan dia benar-benar tidak menyangka ada pihak sanggup menuduh dan memalukan dirinya seperti itu.
"Saya masih ada kudrat yang diberikan oleh Allah untuk bekerja dan mencari sesuap nasi tanpa perlu meminta sedekah daripada orang ramai.
"Pihak yang menabur fitnah sedemikian sangat kejam tanpa membuat sebarang usul periksa terlebih dahulu," katanya
"Salah ke saya nak ke pasar borong hanya kerana saya ni artis? Tetapi apabila orang dah mengata saya ni peminta sedekah, apa yang boleh saya buat?.
"Biarlah orang nak kata apa pun kerana masa saya susah tiada siapa pun yang datang memberikan bantuan. Saya tak kisah semua tu," katanya. Dalam pada itu, To'ki turut menafikan tuduhan kononnya dia turut menjadi penagih dadah di kawasan sambil meminta orang ramai yang melihat kelibatnya selepas ini agar menangkapnya untuk dibawa ke balai polis.
"Kalau saya nafikan bukan orang nak percaya. Jadi, tangkap saja saya jika ternampak kelibat saya dan serahkan kepada polis untuk buat ujian air kencing," katanya. -Petikan
0 25 komen terhebat!!:
Post a Comment
Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!