KAK NAM- Baru-baru ini isu kes pergolakan rumahtangga artis terkenal Rita Rudaini dan juga pemain bola sepak negara Aidil Zafuan menjadi kontroversi yang hangat. Ketika kes penceraian itu berlangsung di mahkamah bapa Aidil, Abdul Radzak Salleh, 62, dikejarkan ke hospital kerana kesihatan yang tidak menentu. Adakah disebabkan tertekan dengan kontroversi rumahtangga mereka membuatkan ayahnya jatuh sakit? Kalau anda nak tahu cerita sebenar, lihat komen kembar Aidil Zafuan iaitu Zaquan Adha di bawah yang diambil dari akhbar sinar.
“Pada hari Khamis lalu, bapa saya ke klinik untuk dapatkan bekalan oksigen kerana dia mengidap penyakit asma. Namun, doktor mengarahkan bapa ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.
“Doktor memberitahu tahap kesihatannya tidak baik kerana terdapat jangkitan kuman pada paru-paru dan darah. Sehingga kini, bapa masih di hospital dan doktor sahkan bapa turut mengidap kencing manis.
“Sabtu dan Ahad lalu, saya pergi menziarahinya bersama isteri, Ayu Raudhah. Pun begitu, saya tetap menghubunginya untuk mengetahui perkembangan,” katanya yang kini berada di Kuala Lumpur atas urusan kerja.
“Orang tua ni, bila dah banyak berfikir, memang macam itulah. Kadang-kadang, terbawa-bawa sehingga menjejaskan kesihatan.
“Apa pun, saya tak mahu masuk campur dalam urusan itu kerana saya tidak mahu orang cakap saya ni ‘batu api’ pula.
“Namun, tidak semua yang dia (Rita) katakan itu adalah benar. Masyarakat boleh nilai sendiri apa yang betul. Saya minta, jangan babitkan keluarga saya dalam hal rumah tangganya kerana keputusan itu adalah keputusan Aidil sendiri tanpa dipengaruhi sesiapa,” jelasnya.
0 25 komen terhebat!!:
Post a Comment
Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!