Blogger-Blogger Femes

Thursday, May 24, 2012

Nassier Wahab Dan Keluarga Nyaris Maut Akibat Kemalangan

Views
KAK NAM- Penyanyi Nassier Wahab trauma dan tidak dapat melupakan peristiwa ngeri yang berlaku kepadanya dan keluarga apabila terlibat dalam kemalangan di kilometer 433.7 Bukit Beruntong pada Ahad lalu. Kejadian ngeri tersebut berlaku kira-kira jam 2.45ptg dimana pemandu peribadinya melanggar pembahagian jalan beberapa kali. Nassier Wahab menceritakan situasi tersebut...



"Pada waktu itu hujan turun dengan lebat dan kami sekeluarga sedang dalam perjalanan dari Pulau Penang menuju ke Kuala Lumpur untuk memenuhi undangan nyanyian.
"Entah macam mana tiba-tiba kereta itu hilang kawalan dan terus melanggar pembahagi jalan. Mujurlah kami selamat. Cuma isteri saya yang duduk di bahagian belakang bersama anak patah tulang bahu.
 
"Ketika kereta sedang berpusing, saya hanya berserah kepada Tuhan dan berdoa supaya tiada kereta lain yang melanggar kami. Sehingga ke hari ini kami masih trauma dengan kejadian itu," katanya
"Ketika kami dalam perjalanan, saya ada bercakap kepadanya yang kita patut bersyukur kepada Allah kerana masih memberi kehidupan di dunia ini dan redha dengan apa yang berlaku.
"Sebaik sahaja kami menukar lorong ke kanan, tiba-tiba sebuah lori telah melanggar beberapa kereta di lorong tengah.
"Kami terkejut dan mujurlah Allah menggerakkan hati kami untuk beredar dari lorong tersebut," tuturnya.
"Memang saya menangis melihat kereta saya hancur kerana ia dibeli hasil daripada titik peluh saya menyanyi. Tetapi bila fikir semula, duit boleh dicari, nyawa pula tiada pengganti.
"Bagaimanapun, berdasarkan apa yang berlaku, saya ingin menasihati semua untuk berhati-hati ketika memandu terutamanya ketika hujan," ujarnya. -Petikan





2 25 komen terhebat!!:

  1. seb baik dop jadi menda2 erk KAK NAM.....ALHAMDULLiLLAH....

    ReplyDelete
    Replies
    1. btl tu pink..syukur sebab dia dan keluarga masih bernyawa.

      Delete

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!