KAK NAM- Rasanya sudah lama kita tidak dengar perkembangan artis yang kuat melatah ini, Ieda Moin. Dulu dia sering keluar di kaca tv dengan lakonannya yang sering mencuit hati ramai penonton. Ieda Moin mengakui kurang mendapat tawaran berlakon gara-gara menurunkan berat badan sebanyak 25 kilogram daripada 75 kilogram sebelum ini.
"Saya pun agak hairan kenapa tawaran berlakon sudah kurang selepas berjaya menguruskan badan kerana sepatutnya ia lebih membuka ruang kepada saya sebagai pelakon.
"Mungkin mereka melihat saya tidak lagi sesuai untuk membawa watak komedi," ujarnya
"Dulu sebelum kahwin saya berat badan saya hanya 42 kilogram dan selepas kahwin naik mendadak kepada 75 kilogram dan macam-macam penyakit timbul sejak itu.
"Alhamdulilah selepas turun 25 kilogram penyakit seperti darah tinggi dan saraf yang saya hidapi telah hilang dan saya jadi lebih bertenaga," katanya. - (petikan)
0 25 komen terhebat!!:
Post a Comment
Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!