Blogger-Blogger Femes

Wednesday, May 23, 2012

Isu Cerai Adi Putra Macam Dalam Drama

Views
KAK NAM- Pelakon Adi Putra menyifatkan masalah rumah tangga yang melanda dalam kehidupannya dengan isteri, Zuhaida Yusof (Aida), 37, seperti sebuah drama yang sering dilakonkan tetapi ia adalah realiti kehidupan sebenar.Dia bersyukur kerana cepat menyedari tentang kesan yang akan berlaku sekiranya tidak menarik balik kes cerai yang difailkan pada 11 Mei lalu. Adi dan Zuhaida mengadakan sidang media di sebuah kafe, Hotel Park Royal di sini, kira-kira pukul 9 malam Selasa bagi menjelaskan mengenai status mereka selepas timbul kontroversi kedua-dua mereka dikatakan sudah lagi tidak sehaluan.


"Saya anggap keputusan menarik balik kes cerai terhadap isteri adalah satu keajaiban. Alhamdulillah kami sedar bahawa rumah tangga yang dibina perlu diteruskan dan kami masih memerlukan di antara satu sama lain.
"Terasa macam drama pula, tapi inilah realiti yang perlu dilalui. Dan jika ada pihak menganggap kami main-main dengan perkara ini, terpulanglah," katanya.

 
"Sepanjang sembilan hari diberi tempoh berdamai, kami tenangkan dan kemudian masing-masing meluahkan perasaan dan rasa tak puas hati. Alhamdulillah, akhirnya kami mencapai keputusan yang kami masih lagi memerlukan antara satu sama lain.
"Bagaimanapun saya tidak menyesal memfailkan penceraian itu, namun ia satu pengajaran berguna buat saya," ujarnya.
"Memang macam-macam spekulasi timbul di luar sana mengenai rumah tangga kami.Cuma apa yang kami ingin tegaskan di sini, ia tiada kaitan dengan orang ketiga, mahupun hal anak," ujarnya. -Petikan




4 25 komen terhebat!!:

  1. lorh, x jadi pulak... apapun, alhamdulillah bermakna jodoh mereka msh kuat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kire ok lah..dh lama dalam rumahtangga x kn nk cerai..kesia isteri dia.

      Delete
  2. bgus la xjd cerai..klau x,adi putra 2 sya amik..kikiki

    saya sudah follow awak..~

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah! kalau awk amik adi putra nanti popular la awak..huhuhu
      tq follow..

      Delete

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!