Blogger-Blogger Femes

Tuesday, May 15, 2012

Fasha Sandha Kini Berbadan Dua??

Views
KAK NAM- Pelakon popular yang baru sahaja mendirikan rumahtangga pada 28 April lalu, Fasha Sandha kini sudah pun mengandung seminggu. Dia yang diijabkabulkan dengan suaminya Toh Muda Rizal Ashram Ramli, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai berita gembira itu kerana semuanya terlalu baru dan masih perlu menjalani satu lagi pemeriksaan minggu depan. Rasanya tidak sampai sebulan lagi Fasha Sandha nikah, mustahil bagi Kak Nam yang dia sudah berbadan dua. Takkan secepat itu, mungkin juga rezekinya kita tidak tahu. Mari kita lihat penjelasan Fasha sendiri.


Fasha berbadan dua

“Alhamdulillah semuanya rezeki dan saya sendiri tidak pernah menyangka ia terlalu awal buat kami berdua. Saya sebenarnya tidak tahu sehingga membuat pemeriksaan pagi tadi (semalam) di klinik di Ampang bersama pembantu peribadi dan kemudiannya doktor mengesahkan ujian air kencing positif yang mana saya sah mengandung.

 
“Suami sendiri terkejut kerana tidak menyangka menerima berita ini. Jika benar apa yang dikhabarkan kepada kami berdua ini, ia adalah rezeki dan doa kami berdua akhirnya terjawab untuk memiliki cahaya mata secepat mungkin.

“Namun saya masih perlu menjalani ujian seterusnya bagi mengesahkan sekali lagi yang saya benar-benar mengandung,” katanya.
“Siapa gembira apabila dia (Fasha) menghubungi saya dan menyampaikan berita ini. Saya terlalu seronok dan bersyukur kerana diberikan rezeki begitu awal. “Sudah pasti saya akan lebih menjaga Fasha dan inginkan dia berehat dengan cukup bagi menjaga kandungan anak kami bersama. Inilah hadiah paling bermakna buat saya dan isteri,” katanya. - Petikan










0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!