Blogger-Blogger Femes

Friday, May 11, 2012

Siti Sarah Tak Yakin Menyanyi Selepas Bersalin

Views
KAK NAM- Penyanyi wanita Siti Sarah Raisudin isteri kepada pelawak Shuib Sepah mengakui bahawa dia kurang yakin untuk merakamkan lagu baru selepas dia melahirkan anak pertamanya Uwais Alqarni, pada Disember tahun lalu. Siti Sarah berkata, dia rasa suaranya kurang mantap seperti dahulu selepas melakukan pembedahan semasa melahirkan anaknya itu.



"Buat masa ini, saya belum bersedia untuk menyanyi walaupun bakal muncul dengan 'single' lagu terbaru yang masih lagi sedang dalam pembikinan oleh komposer Aidit Alfian.
"Memang saya rasa vokal kurang mantap. Sukar untuk saya gambarkan bagaimana rasanya ketika merakamkan suara, tak macam dulu. Perut saya seperti berangin saja.

 
"Walaupun orang kata menjadi perkara normal untuk seorang wanita yang lepas bersalin, salah tanggapan itu kerana vokal yang bagus mampu bertahan sehingga usia 63 tahun jika tahun teknik penjagaannya," katanya.
"Setiap kali melihat wajah Uwais, saya rasa bersyukur sangat kerana memilikinya. Malah walaupun masih kecil lagi, dia sudah pandai mengambil hati saya dan Shuib.

 
"Selamatlah, dia tidak banyak ragam apabila saya dan Shuib sibuk bekerja, tetapi apabila dia bersama saya, bukan main lagi dia nakkan perhatian," - sumber






3 25 komen terhebat!!:

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!