Blogger-Blogger Femes

Wednesday, May 9, 2012

Almy Nadia Terkejut Fizz Fairuz Buka Mulut Soal Kahwin

Views
KAK NAM- Pelakon yang popular dengan watak Emelda dalam drama Cinta Emelda terkejut dengan laporang kekasihnya Fizz Fairuz berhasrat untuk mengahwininya tahun ini. Almy, 25, berkata, dia tidak dapat memberi sebarang reaksi berhubung kenyataan itu kerana tidak mengetahui apa-apa tentang hasrat Fizz.




"Maafkan saya kerana tidak dapat nak komen kerana langsung tidak mengetahui perkara itu dan rasanya tidak patut saya berkata apa-apa mengenai benda yang saya sendiri tidak pasti.
"Saya terkejut dan sejujurnya tidak tahu reaksi apa yang ingin diberi mengenai laporan berkenaan," ujarnya


"Sebelum ini peminat dan media sering bertanya kepada saya mengenai hubungan kami sehingga pada satu tahap saya rasa malu.
"Jadi sekarang biarlah Fizz yang bercakap kepada mengenai hubungan kami kerana tidak manis saya turut bercakap mengenai hal yang saya sendiri tidak tahu dan tidak dimaklumkan," ujarnya.

"Sama ada Fizz masuk meminang atau tidak saya akan beritahu nanti serta mengenai apa yang terjadi tetapi bukan sekarang, suatu hari nanti. Buat masa ini biarlah Fizz yang memberi komen," ujarnya. - sumber







0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!