Blogger-Blogger Femes

Tuesday, May 22, 2012

Jangan Fitnah!! Saya Tiada Orang Ketiga -Aidil

Views
KAK NAM- Lepas satu persatu kontroversi yang timbul mengenai rumahtangga pemain bola sepak negara Aidil  dengan pelakon popular Rita Rudaini. kali ini isu tentang orang ketiga yang diperkatakan oleh Rita kepada suaminya. Aidil menafikan memiliki wanita lain dalam hubungan rumahtangga mereka dan isu ini terjadi selepas Aidil meninggalkan rumahnya. 




“Tuduhan itu adalah satu dakwaan yang mengarut kerana saya tidak berlaku curang dengannya, apalagi dengan kesibukan menjalani latihan bola sepak.
” Saya tiada masa untuk semua itu,” katanya.

Aidil berpendapat bahawa Rita menuduhnya menjalinkan hubungan dengan wanita lain berdasarkan dari beberapa komen yang dibuat oleh peminat-peminat Rita menerusi laman sosial Twitter.Menurutnya lagi, dia tidak terfikir apa lagi menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita lain.Tegasnya, beliau lebih mengfokuskan perhatian kepada kariernya sebagai pemain bola sepak.






2 25 komen terhebat!!:

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!