Blogger-Blogger Femes

Friday, June 8, 2012

Johan As'ari pilih calon isteri yang bau wangi je!!

Views
KAK NAM- Pelakon lelaki popular, Johan As'ari membuat sebanyak 10 syarat untuk calon isterinya. Bukan sedikit taw syarat yang diberi tetapi 10. Adakah 10 syarat mesti ada pada wanita tersebut?? Bagi Kak Nam bukan mudah unutk mencari wanita yang memenuhi syarat-syarat yang di minta. Dalam 10 syarat itu wanita yang digemarinya ialah individu yang mempunyai penampilan menarik terutama sekali berbadan harum dan juga menghormati orang tua.


"Ciri-ciri itu penting kerana ia merupakan satu faktor bagi lelaki seperti saya jatuh cinta pada wanita yang akan menjadi bakal isteri saya.

"Walaupun ia kedengaran remeh, tetapi ia sangat membantu dalam mengeratkan sesebuah perhubungan dan menjadikan rumah tangga kita lebih kukuh, Insya-Allah," katanya 
"Sama seperti wanita, lelaki juga suka wanita yang berterus terang dan tidak hipokrit.

"Tidak usah menjadi terlalu sempurna di hadapan saya semata-mata untuk menutup kelemahan, saya percaya pasangan itu saling mencintai kerana boleh menerima kebaikan dan keburukannya," ujar pelakon Juvana ini. -Dipetik

 

Ciri-ciri wanita idaman dan yang dibenci Johan ialah:
WANITA IDAMAN1. Memiliki sifat-sifat keibuan
2. Taat dan hormat kepada suami
3. Seorang pembersih
4. Memiliki lesen kereta
5. Berbau wangi
WANITA YANG TIDAK DISUKAI1. Sudah bersuami
2. Mempunyai sifat bermuka-muka atau hipokrit
3. Suka cakap lepas
4. Wanita yang berkira
5. Lebih tinggi daripada Johan

1 25 komen terhebat!!:

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!