KAK NAM- Baru-baru ini, artis yang menjadi pujaan seantero Malaya ini menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk. Gembira sungguh artis itu kerana ramai kawannya yang lain pun sudah bergelar Datuk.Sesungguhnya Kak Nam tumpang bangga dan bahagia apabila artis turut dipandang tinggi masyarakat sehingga melayakkan mereka mendapat penghormatan yang sebegitu rupa.Selepas tahu yang artis itu baru saja memegang status baru, media telah mengaturkan janji temu dengannya untuk mengetahui perancangan kerjayanya sempena 2012 ini kerana artis ini sentiasa muncul dengan projek yang gempak.
Mengingatkan kemesraan antara artis dan wartawan media tersebut yang sudah lama terjalin dan bertahun-tahun panggil artis itu dengan panggilan abang, wartawan media ini meneruskan kebiasaan itu dengan memanggilnya abang. Dua tiga kali juga wartawan tersebut panggil artis itu tetapi dia buat tak endah saja. Wartawan tersebut ingat, takkan tiba-tiba artis itu dapat penyakit pekak kerana waktu berbual di telefon beberapa hari lalu untuk membuat janji temu itu, elok saja.
Mujurlah wartawan tu dikurniakan dengan akal yang agak cergas dan terus dia teringat artis itu kini seorang Datuk. Dia pun panggillah artis itu Datuk..., barulah dia menyahut. Kalau tidak, wajahnya mencuka saja.
Lepas ini, Kak Nam nasihatkan kepada mana-mana wartawan kena buat senarai artis yang sudah mendapat gelaran Datuk supaya tidak silap panggil.Kalau tak nanti boleh kena saman plak bila gelaran Datuk tu tak disebut.
0 25 komen terhebat!!:
Post a Comment
Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!