KAK NAM- Pada zaman moden sekarang pun ada juga artis yang mengamalkan mandi bunga sebelum kahwin. Apa yang Kak Nam tahu mandi bunga ni untk naikkan seri pada wajah. Mungkin Lisa nak wajahnya nampak berseri pada majlis yang gilang gemilangnya 23 Februari nanti. Menurut dari sumber mStar, Lisa Surihani telah mengikut kehendak ibu kesayangannya untuk mandi bunga,malam berinai dan khatam al-quran pada malam perkahwinannya nanti. Jom kita lihat komen Lisa...
Semasa acara mandi bunga dijalankan..
"Ibu saya berpesan, walaupun mahu mengadakan sebuah perkahwinan yang sederhana, amalan dalam adat Melayu mesti dilakukan.
"Justeru itu pada 17 Februari lalu, saya telah melakukan majlis berinai dan mandi bunga di rumah kawan saya bernama Huda.
"Kemudian, dua hari selepas itu pula majlis khatam Al-Quran diadakan bersama saudara-mara wanita sahaja. Malah seminggu sebelum itu, saya meminta penyanyi Datuk Julie Sudiro mengajar saya mengaji agar dapat melancarkan lagi ketika membaca ayat-ayat suci Al-Quran," katanya
Pada malam berinai..sungguh meriah.
Malam khatam al-quran
"Macam-macam lagi dia nasihat, dan yang paling penting, saya perlu tahu bahawa alam rumah tangga tidak selalunya indah dan ada masanya, ia boleh mengganggu diri jika tidak pandai mengawal emosi.
"Insya-Allah, semoga saya mengikuti setiap kata-katanya. Saya juga berharap agar mereka di luar sana mendoakan kebahagiaan kami," tuturnya yang akan berbulan madu di Eropah selepas majlis perkahwinan itu nanti.
0 25 komen terhebat!!:
Post a Comment
Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!