KAK NAM- Bekas pelajar Af7,Aril mengaku bahawa dia susah nak lupakan arwah abangnya ,Izwan Pilus yang telah meninggal dunia pada bulan lepas. Kak Nam dapat tahu cite ni dari sumber mStar. Aril kata dia memang akrab dengan arwah sampai dia tak dapat nak lupakan kenangan-kenangan bersama dengan arwah. Jom kita lihat apa isi hati Aril.
"Namun, terlalu banyak kenangan kami bersama yang sukar saya lupakan sehingga kini. Bukan saya tak relakan pemergiannya cuma ia masih terlalu awal dan berat untuk saya terima hakikat dia sudah tiada," katanya kepada mStar Online.
"Selama ini, semua urusan keluarga banyak diuruskan oleh abang. Kini ia menjadi tanggungjawab saya pula.
"Saya masih tinggal di rumah kami. Bilik abang juga tidak terusik. Semuanya kami kekalkan begitu sahaja.
"Apabila perasaan rindu datang, saya tidak lawan atau cuba mengelak. Saya akan dengar lagu-lagu nyanyiannya dan ikut menyanyi," katanya yang merindui gurau senda abangnya.
0 25 komen terhebat!!:
Post a Comment
Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!