Blogger-Blogger Femes

Tuesday, February 7, 2012

Kisah Sebenar Tentang Kontroversi Apex

Views
KAK NAM- Sebelum ni kita digemparkan dengan kontroversi dimana Khairul Fahmi Che Mat bercinta dengan sorang perempuan yang cantik,Lieuniey. Oleh itu,semalam Lieuniey telah tampil membuat penjelasan yang kontroversi tersebut tidak benar sama sekali. Malah menurut Leuniey,dia tak penah bercakap pun dengan Apex ni kan pula berjumpa dan nak bercinta. Kak Nam pun pelik juga macam mana boleh dikaitkan antara Apex dan dia. 

PENJELASAN...(dari kiri) Nazri, Leuniey dan  Noor Laila  tampil memberi penjelasan   berhubung isu putus tunang yang dikaitkan dengan Apek, semalam.

Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, berkata, dia hairan bagaimana nama Apek boleh terkait dalam masalah dia putus tunang sedangkan dia langsung tidak pernah bercakap dengan atlet dikagumi ramai itu.

“Saya hairan bagaimana masalah saya ini dikaitkan dengan Apek sedangkan kami tidak pernah bercakap, apatah lagi keluar bersama,”

“Sebab itulah saya berasa perlu tampil memberi penjelasan kerana segala dakwaan mengenai Apek menjadi punca saya putus tunang semuanya fitnah yang bertujuan memburuk-burukkan namanya.

“Saya berharap penjelasan saya ini menjernihkan keadaan dan membersihkan nama Apek daripada kontroversi berkaitan hal ini,” 

“Saya memutuskan ikatan pertunangan kerana menganggap kami sudah tiada jodoh,” katanya tanpa mahu mengulas lanjut mengenai punca sebenar dia putus tunang dengan pasangannya.

“Kedua-dua keluarga menyelesaikan masalah ini dengan baik dan tidak mahu diperbesarkan, namun saya tidak faham kenapa tiba-tiba masalah kami dikaitkan dengan Apek.

“Saya tumpang simpati dengan keluarga Apek yang terheret sama dalam masalah ini dan kepada penyebar fitnah, berhentilah mengaibkan orang lain,” katanya. 

“Saya tidak sangka soal dia putus tunang menjadi perhatian. Apa pun, saya harap ia tidak berpanjangan,” katanya.







Sumber : metro

0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!