KAK NAM- Pagi ni di muka depan metro tajuk utama, Urin Apek positif dadah. Terkejut Kak Nam dibuatnya..rasa Kak Nam dah banyak kali Apek kena tangkap tapi tak serik-serik lagi ke? Itulah kena tangkap pastu pihak polis lepaskan dengan ikat jamin mana manusia nak insaf dengan benda ni semua. Sepatutnya dengan kesalahan besar macam ni mereka diberi hukuman penjara beberapa tahun sepaya mereka boleh meninggalkan najis dadah ni.
Menurut paper metro, Saiful Apek bersama tiga orang rakannya termasuk seorang wanita didapati positif dadah jenis ganja melalui ujian saringan awal air kencing ke atas mereka selepas ditahan dalam satu operasi, dua tahun lalu. Perkara itu disahkan pegawai polis mengendalikan ujian saringan terbabit, Sarjan M Sanggar, 48, selepas diarahkan Cif Inspektor Mohd Shaifuddin Zulkifli yang mengetuai serbuan di kondominium di Bandar Sunway pada jam 10 malam, 12 Jun 2010.
HADIR...Saiful Apek kelihatan ceria di mahkamah, semalam.
“Ujian saringan dilakukan di hadapan mereka satu persatu dan semua bekas spesimen itu kemudian dilabelkan dengan nama penuh, nombor kad pengenalan serta tarikh ujian dijalankan.
“Sebelum melabel, saya memaklumkan setiap suspek hasil ujian berkenaan semuanya didapati positif dadah,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Ishrakh Saad.
0 25 komen terhebat!!:
Post a Comment
Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!