KAK NAM- Pelakon yang popular namanya bila memegang watak Hantu Kak Limah dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah,Dalimawati Ismail cedera di lengan kiri kerana disamun oleh 2 orang yang tak dikenali. Kira penyamun tu hantu jugalah. Menurut pelakon tersebut.kejadian tersebut berlaku di lampu isyarat berhampiran Stadium Bukit Jalil.Kejadian berlaku pada jam 8.30 malam ketika aktres berusia 55 tahun itu memandu Toyota Vios bersendirian untuk pulang ke rumahnya di Puchong selepas tamat sesi penggambaran di Gombak.
LOPONG...Dalimawati menunjukkan cermin kiri keretanya yang dipecahkan.
“Pada mulanya saya sangka kereta saya dilanggar. Pada masa sama, saya melihat dua lelaki bermotosikal memecut meninggalkan kawasan itu dan seorang daripada mereka memegang beg tangan saya.
“Kemudian, lengan kiri saya terasa pedih dan mendapati ia berdarah akibat terkena serpihan cermin kereta yang dipecahkan. Ketika itu baru saya sedar menjadi mangsa samun,” katanya.
Nasihat Kak Nam pada semua agar lepas ni lebih berhati-hati. Lebih baik kalau kita pergi mana-mana ada teman jangan biarkan korang pergi seorang diri ok.
Sumber: Metro
0 25 komen terhebat!!:
Post a Comment
Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!