KAK NAM- Pelakon Almy Nadia mendakwa bahawa dia telah terkena air kencing puntianak semasa dia membuat mengambaran drama Cinta Buat Elmelda dan membuatkan mukanya menjadi bengkak dan menggerutu. Sampai macam tu sekali jadinya..menurut dari sumber mStar yang Kak Nam baca, Almy terkena kejadian tersebut semasa dia melakonkan babak dikafankan. Apabila dia mencuci make up dimuka,dia terkejut kerana mukanya berubah.
"Ketika itu saya pun takut nak tengok muka sendiri. Sehinggakan, pengarahnya, Bob Ismail meminta saya berehat selama seminggu dan buat rawatan secara tradisional
"Selepas itu, saya terus ke Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan dan agak terkejut apabila ustazah yang merawat saya itu memberitahu muka saya terkena “air kencing puntianak”.
"Mungkin ada benda yang saya tersilap kot ketika melakonkan babak tersebut," katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Isnin.
"Saya tak tahulah, lepas satu, satu kejadian yang menimpa diri. Tetapi selepas mendapat rawatan di klinik, doktor berkata yang saya terlalu banyak bekerja dan terlalu lama berdiri dengan kasut tinggi. Alhamdulillah, sekarang ini saya rasa sihat sedikit. Nasib baiklah pihak kru produksi memahami dengan situasi saya yang macam-macam ini," selorohnya.
"Alhamdulillah, saya dah tak diganggu seperti dulu dan saya harap benda itu tidak lagi mengacau hidup saya lagi," ujar kekasih kepada aktor Fizz Fairuz itu.
0 25 komen terhebat!!:
Post a Comment
Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!