Blogger-Blogger Femes

Tuesday, February 14, 2012

Pejabat Khairul Fahmi Disimbah Cat Hitam.

Views
KAK NAM- Pagi ni dalam metro Kak Nam baca terdapat satu isu yang menggemparkan tentang Khairul Fahmi Che Mat (Apex). Menurut akhbar tersebut, pejabat Apex telah disimbah dengan cat hitam oleh orang yang tak berperikemanusiaan. Kak Nam rasa Apex mungkin ada musuh dengan kerjayanya yang sekarang ni makin menaik dan kontroversi yang semakin meletop. Ntah lah kak Nam pin tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Jom kita baca penjelasan yang sebenar...

Berulang kali disimbah cat
“Ketika kejadian pertama antara 3 hingga 4 Februari lalu, saya menyangka ia (simbahan cat) perbuatan budak nakal, namun selepas kejadian sama berulang, saya terpaksa membuat laporan polis demi keselamatan Apek dan kakitangan.

“Kami tidak mahu menuduh sesiapa dan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan. Kami tidak mahu berlembut lagi kerana kejadian ini menjejaskan reputasi syarikat dan mengancam keselamatan orang lain terutama Apek,” katanya ketika ditemui di pejabat KFR di sini, semalam.

Khairul Fahmi Che Mat

Menurut Seiyed Ahmad, satu bungkusan plastik mengandungi cat hitam turut ditemui di hadapan pintu masuk pejabat KFR pada Sabtu lalu dan bungkusan itu sudah diserahkan kepada polis sebagai bahan bukti.

Katanya, pihaknya akan memasang kamera litar tertutup (CCTV) selain memantau sebarang pergerakan mencurigakan.







0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!