KAK NAM- Kita semua sudah tahu siapa yang bergelar Bintang Paling Popular Berita Harian 2011 pada hari ahad lalu. Kalah dan menang dalah adat pertandingan. Bagi yang pertikaikan kemenangan seseorang itu adalah tidak wajar kerana ini adalah tuah masing-masing yang mendapat undian tertinggi daripada peminat mereka.
Biasalah, dalam mana-mana anugerah pun akan ada kontroversi lebih-lebih lagi yang bercorak undian masyarakat. Contoh terbaik pernah kita lihat sendiri program seperti Akademi Fantasia (AF) apabila pelajar yang menang pernah dikatakan sebab ada VIP dan orang kaya ‘sponsor’ undi.
Populariti ini adalah perkara subjektif dan jangan kita ingat yang selalu keluar majalah atau akhbar itu petanda sudah cukup popular. Hai, susah juga kalau macam gini kalau keputusan tak berubah orang cakap bosan. Kalau keputusan dah ada kejutan pun orang bercakap.
Semua calon yang masuk Top 5 dalam ABPBH setiap tahun adalah golongan yang sudah popular. Cuma, “Kau terlebih sikit, aku kurang sikit.” Lebih kurang begitulah maksudnya. Janganlah kita dengki-dengki sebab semuanya adalah rezeki masing-masing.
kredit : metro
0 25 komen terhebat!!:
Post a Comment
Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!