Blogger-Blogger Femes

Tuesday, April 24, 2012

Sari Yanti Mahu Timang 3 Orang Anak Lagi

Views
KAK NAM- Pelakon yang popular dalam drama BFF, Sari Yanti kelihatan sangat cantik dan comel sekali walaupun sudah bergelar ibu. Dia yang masih aktif berlakon berharap mempunyai 5 orang cahaya mata dalam rumahtangganya. Sari Yanti berkata anak-anak merupakan penyeri dalam keluarganya selepas seronok melihat kedua-dua cahaya matanya ,Bar Al Aliy, 2, dan Basit Al Haq yang kini berusia lima bulan membesar dengan cergas.




"Saya memang sukakan keluarga yang besar dengan anak yang ramai di rumah.

"Lagipun pada saya biar timang cahaya mata ramai supaya seronok berkumpul bersama-sama apabila saya dan suami sudah tua nanti.

"Sebab itu, jika dimurahkan rezeki dan diizinkan Tuhan, saya mahu punya lima orang anak sekurang-kurangnya," kata isteri kepada Eddy Casmady Sheikh Hussin ini.

"Sebenarnya sejak saya berkahwin sahaja lakonan saya sudah terbatas kerana saya menjaga batas bila bersama pelakon lelaki. Malah saya juga memilih watak yang diterima.

"Jadi bila saya sudah menimang cahaya mata ini pula, masa lakonan saya pula terbatas dan saya terpaksa memilih watak atau tawaran berlakon yang tidak memerlukan saya untuk berpisah lama dengan anak saya.

"Saya akui agak penat juga apabila sudah dikurniakan dua orang anak dan dalam masa yang sama terpaksa berlakon tetapi saya seronok kerana kedua-duanya minat saya.

"Saya juga patut berterima kasih kepada ibu dan ibu mertua saya yang dengan rela mahu menjaga anak-anak saya bila saya terpaksa pergi bekerja," luahnya yang tidak menyerahkan tugasan menjaga anaknya kepada pengasuh.

"Sejak Basit dalam kandungan lagi saya berlakon iaitu ketika drama bersiri Suria Di Cordoba. Malah ketika itu saya hamil tiga bulan.

"Kemudian selepas sahaja berpantang, saya terus menerima dan menjalani penggambaran untuk drama berisri BFF.

"Berbeza dengan anak pertama dahulu saya menggambil masa lapan bulan selepas bersalin untuk menerima tawaran berlakon," tambahnya lagi. - sumber








0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!