Kak Nam- Baru je Kak Nam paparkan isu Mamat Sepah kena penyakit aneh. Ini pula berita terbaru yang Kak Nam perolehi dari blog murai mengatakan yang bekas kekasih Mamat telah pun berkahwin secara senyap. Ahli kumpulan Butterfly , Nur Syuhadda atau Adda akui sengaja menyembunyikan majlis pernikahannya dengan seorang duda, Ridzuan Mohammad pada 30 Mac lalu daripada pengetahuan pihak media.
"Sebenarnya bukan saya tidak mahu perkara ini dihebohkan tetapi saya cuma menghormati keluarga belah pihak lelaki yang mahukan privasi.
"Namun kami bercadang untuk mengwar-warkannya selepas resepsi yang akan kami adakan untuk pihak perempuan kelak yang akan berlangsung pada penghujung Jun ini.
"Walaubagaimanapun apabila gambar perkahwinan kami telah tersebar oleh orang yang tidak bertangungjawab dan sudah ada pihak media yang bertanya saya terpaksalah menjawabnya.
"Apa-apa pun saya sudah bersedia dengan apa yang akan berlaku,"katanya
"Saya rasa ini semua kuasa Tuhan yang telah menentukan jodoh saya. Walaupun perkenalan singkat tetapi saya yakin dia jodoh saya selepas diperkenalkan oleh seorang kawan pada April tahun lalu.
"Malah sejak mengenalinya dia seorang yang jujur, ikhlas, mengambil berat serta bertanggungjawab terhadap diri saya.
"Saya juga berharap, dengan perkahwinan ini dapat menutup segala kisah cinta saya dengan Mamat Sepah," luahnya lagi.
0 25 komen terhebat!!:
Post a Comment
Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!