KAK NAM- Sangat menyayat hati Kak Nam dan mungkin juga pada anda semua apabila membaca tajuk utama dikeratan akhbar metro hari ini. Seorang bayi yang berusia 2 minggu telah meninggalkan dunia akibat dipijak oleh bapanya sendiri sehingga tengkorak kepalanya pecah. Adakah hati bapa mangsa ni seperti binatang sehingga sanggup membuat demikian terhadap bayi yang baru mengenal dunia. Kak Nam paparkan keratan akhbar tentang isu tersebut untuk anda sendiri menilainya...
IPOH: Kematian bayi lelaki berusia dua minggu melaporkan akibat dipijak bapanya di Taman Bernam Jaya, Tanjung Malim pada Khamis lalu disahkan polis berpunca akibat patah tulang rusuk dan tempurung kepalanya hancur.
Sumber polis berkata, hasil laporan bedah siasat pakar patalogi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, di sini, mendapati selain dipijak bapanya, bayi malang itu turut dihumban ke dinding.
Menurutnya, mangsa dipercayai dihentak atau dihumban ke dinding oleh bapa kandungnya sendiri yang dikatakan berada dalam keadaan mabuk.
“Mangsa mati dalam keadaan terseksa apabila tengkoraknya hancur. Ada kemungkinan kepala mangsa dihentam sekuat hati pada objek keras hingga menyebabkan tengkoraknya pecah.
“Doktor yang melakukan bedah siasat turut menemui kepingan dan cebisan tengkorak mangsa yang sudah pecah.
Selain itu, tulang rusuk mangsa juga patah dipercayai akibat dipijak bapanya“ katanya.
kredit : metro
0 25 komen terhebat!!:
Post a Comment
Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!