KAK NAM- Pasangan suami isteri yang boleh dikatakan baru berkahwin pada 20 januari lalu, Ally Iskandar kini mengatakan bahawa dia terlalu rindukan isterinya Farah Lee. Menurut sumber, Ally Iskandar terpaksa berjauhan dengan isterinya yang berada di Korea Selatan untuk belajar. Kak Nam dengar Ally Iskandar selalu menghubungi isterinya melalui Skype selama berjam-jam sehingga tertidur di depan laptopnya. Mari kita lihat komen Ally..
“Walaupun saya agak sedih kerana terpaksa berpisah sementara dengan isteri, tetapi saya sangat bahagia dengan kehidupan sekarang ini. Namun saya tidak nafikan perkahwinan jarak jauh sangat mencabar.
“Tapi ini hakikat yang kami sedia terima. Selepas hantar Farah kembali ke Korea tempoh hari saya rasa masa berjalan begitu perlahan.
“Sebab saling merindu kami selalu habiskan masa berbual-bual di Skype berjam-jam lamanya. Sampai tertidur pun ada. - sumber
0 25 komen terhebat!!:
Post a Comment
Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!