Blogger-Blogger Femes

Tuesday, April 3, 2012

Gosip Hangat - Penyanyi Ugut Nak Bunuh

Views
KAK NAM- Menurut sumber yang Kak Nam perolehi dari akhbar metro, seorang kawannya bekerja di satu syarikat rakaman bersama dengan seorang penyanyi muda baru-baru ni. Apa yang membuatkan Kak Nam terkejut, apabila dapat tahu yang penyanyi ni adalah seorang psiko dan juga mempunyai sikap yang menakutkan disebalik mukanya yang selalu tersenyum dan nampak baik budi bahasa...Haa..siapalah agaknya penyanyi yang dimaksudkan tu ye...


Tumblr


Punca dapat tahu penyanyi tersebut seorang yang psiko bila sumber dari metro telah memuji sikap penyanyi tadi yang khabarnya tenang melawan kontroversi kisah cintanya dengan seorang lagi penyanyi sebelum ini. Malah bangga dengan kesabarannya dalam menjawab segala persoalan media walaupun dihentam teruk.

Tapi rupa-rupanya, dalam diam seorang kawan kepada sumber metro tersebut mengatakan semua itu adalah lakonan semata-mata. Kesabaran ditunjukkan itu hanya satu taktik mengaburi mata media yang kononnya menunjukkan dirinya baik dan sopan.Nampaknya, lakonan si penyanyi baru yang cantik orangnya itu memang berjaya kerana  ramai media yang tertipu dengan wajah kasihan yang ditunjukkan.

Kalau korang nak tahu, si penyanyi baru tadi sampai pernah nak ‘bunuh’ teman lelakinya itu kerana cemburu. Bukan tu je, si penyanyi baru yang dilahirkan dari sebuah program realiti itu khabarnya suka memukul dan berlawan dengan kekasihnya itu setiap kali bergaduh hingga menimbulkan rasa kurang selesa di kalangan jiran tetangga. 

Bukan tu je, si penyanyi tadi selamba je tinggal satu bumbung dengan bekas kekasihnya. Tapi itulah hakikat sebenar sikap penyanyi itu dan lama juga mereka berkasih. Boleh juga kalau trofi ‘lelaki kebal’ diberikan kepada si bekas kekasih itu kerana berjaya juga menahan diri menjaga seorang kekasih yang berperangai ‘samseng’.

Tapi luarannya, si penyanyi kecil molek itu seorang yang sopan dan baik budi bahasa. Lebih memudahkan si penyanyi apabila bekas teman lelakinya itu pula seorang yang tidak mesra media dan malas mempertahankan dirinya.

Lantas si penyanyi memang menang besar dalam memburukkan bekas kekasihnya itu hingga ramai yang memandang serong. Tapi percayalah, kebenaran akan terbukti tidak lama lagi. 










0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!