Blogger-Blogger Femes

Monday, April 23, 2012

Fida Dan juga Mamat Sepah Kini Rapat Kembali

Views
KAK NAM- Pelakon wanita Fida, 26 akui bahawa dia akan menerima bekas kekasihnya Mamat Sepah, 27 jika ditakdirkan jodoh mereka bersama. Menurut sumber, hubungan mereka kembali rapat semula sejak mereka ditemukan dalam satu rancangan di televisyen. Mari kita lihat komen dan juga luahan hati Fida.



"Selepas empat bulan tidak bersua, kami dipertemukan dalam program itu.

"Selepas program itu juga, kami terus berhubung dan menjalinkan hubungan sebagai rakan semula.

"Saya menerimanya kembali kerana apa yang berlaku saya sudah maafkannya , malah sudah pun melupakannya.

"Jadi kami kini berkawan semula dan kami juga ada keluar bersama.

"Saya sendiri tidak pasti sejauh mana hubungan kami dan saya hanya berserah kepada Tuhan,"katanya yang ditemui ketika siri jelajah pertama Barisan Artis Nasional di Ipoh Perak, kemarin.

"Ramai yang tidak senang dan gembira dengan hubungan kami walaupun ianya sekadar kawan.

"Namun, semakin ramai yang menentang, semakin saya kasihankan Mamat kerana bagi saya sebagai seorang kawan saya perlu ada di sisinya untuk memberi semangat ketika dia susah," luahnya lagi.

"Walaupun kami sudah mula rapat sejak beberapa bulan lalu, namun saya belum bersedia untuk menjalinkan hubungan yang serius dengannya dan juga sesiapa.

"Saya tidak memikirkan sebuah hubungan yang serius lagi, buat masa ini kerana apa yang saya mahu tumpukan adalah kerjaya lakonan dan nyanyian saya.

"Namun jika ada jodoh, saya tidak menolak walau dengan sesiapa pun dan berharap dapat mendirikan rumah tangga secepat mungkin tanpa mengambila jangka masa untuk berkawan yang agak lama," tambahnya lagi. - sumber








4 25 komen terhebat!!:

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!