Blogger-Blogger Femes

Thursday, April 5, 2012

Dira Abu Zahar Minta Maaf

Views
KAK NAM- Pasti semua tahu tentang kontroversi dimana seorang pengacara rancangan gosip popular telah memijak seorang wanita di pusat hiburan dengan kasut tumit tingginya. Oleh itu, satu blog popular dan sensasi telah membuat andaian bahawa pengacara tersebut adalah Dira Abu Zahar. Atas kesilapan besar yang telah dilakukan oleh blog tersebut sebelum ni, mereka telah bertanya sendiri kepada Dira tetapi Dira menafikannya dan dia mengatakan bahawa dia tiada masa ke tempat sedemikian.




Tetapi apa yang Kak Nam dengar semalam, melalui blog yang sama telah disiarkan pula laporan pihak polis daripada mangsa berkenaan insiden berkenaan

Sementara itu menerusi laporan akhbar The Star hari ini, Dira turut menafikan dakwaan itu kerana pada hari kejadian dia telah keluar membeli-belah bersama-sama keluarganya.




Portal murai.com.my telah menghubungi Dira untuk mendapatkan penjelasannya setelah namanya diheret dan didakwa ke dalam isu ini.



"Saya tidak mahu komen apa-apa kerana saya tidak boleh beri sebarang jawapan kerana perkara ini masih dalam siasatan dan melibatkan pihak berkuasa.

"Saya minta maaf banyak-banyak dan terima kasih kerana paham dengan situasi saya sekarang," jawab Dira.









kredit : murai

0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!