KAK NAM- Menurut sumber, Nora Danish membuat pengesahan bahawa beliau tidak akan hadir pada majlis perkahwinan bekas suaminya, Jejai dengan pelakon, Fasha Sandha yang bakal berlangsung pada 27 April ini. Menurut pelakon yang cantik ini, dia tidak menerima kad jemputan, beliau juga memberitahu bahawa tidak ada di tanah air masa hari langsung perkahwinan Jejai dan Fasha kerana dia pergi mengerjakan umrah.
"Nora tak dapat kad jemputan, tapi mungkin kerana mereka tahu Nora nak pergi ke umrah agaknya. Nora akan berangkat ke Mekah pada pagi Jumaat ini dan bakal berada di sana selama 13 hari," ujar Nora ketika ditemui pada majlis pra pelancaran filem 'Mencari Cinta', di Perak Techno-Trade Centre, Ipoh, petang tadi.
"Bagi Nora, tak ada isu pun mereka tak menjemput Nora. Malah, Nora rasa lebih baik Nora tak ke majlis itu pun sebab nanti jika Nora pergi, takut akan jadi bahan cerita dan tajuk lain pula. Bagi Nora, biarlah mereka menikmati keindahan majlis itu bersama."
"Mengenai hubungan Fasha dengan anak saya pula, biarlah dia menggelarkan dirinya 'aunty' saja kerana bagi saya, ibu biarlah seorang."
"Nora ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Fasha, tapi Jejai tak berapa nak barulah. Setelah apa yang terjadi selama ini, akhirnya jodoh mereka tak ke mana. Nora harap perkahwinan mereka akan kekal hingga ke akhir hayat." - sumber
P/S : Jika anda suka sila
vote sini ok! Terima Kasih...
0 25 komen terhebat!!:
Post a Comment
Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!