Blogger-Blogger Femes

Monday, April 9, 2012

Rozita Che Wan Balik Awal Dari ABPBH 2011 Untuk Ke Milan

Views
KAK NAM- Pada malam gilang gemilang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011) semalam, Rozita Che Wan di dapati pulang awal selepas acara  karpet merah. Rozita Che Wan yang sememangnya cukup menawan dengan persalinan kombinasi rona biru dan perak pada malam berkenaan hanya menunjuk muka untuk slot glamor berkenaan bagi memenuhi impian pereka fesyen Rizman Ruzaini yang telah menyiapkan pakaiannya.



Rozita Che Wan Balik Awal Untuk Ke Milan

Namun daripada kiriman SMS yang dikirimkan Rozita Che Wan kepada salah seorang editor portal murai, pelakon Kiah Perkasam itu terpaksa bergegas ke KLIA untuk terbang ke Milan, Itali pada malam ini juga.

Daripada kiriman SMS itu juga, dia akan berada di sana selama dua minggu untuk bercuti sambil merehatkan fikirannya sebelum kembali sibuk dengan penggambaran beberapa buah drama kembalinya ke tanah air.

Kiranya, Rozita Che Wan pulang awal bersebablah  kerana walaupun terpaksa bergegas untuk mengejar penerbangan dia tetap hadir ke ABPBH 2011 untuk memberikan penghormatan pada majlis berkenaan.







kredit : murai

0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!