Blogger-Blogger Femes

Monday, April 2, 2012

Pengacara Tv Telah Memijak Seorang Wanita

Views
KAK NAM- Terkejut juga Kak Nam bila baca metro hari ini tentang pengacara rancangan gosip popular telah menyerang seorang wanita semasa menyambut hari lahir kawannya. Kalau menyerang mungkin Kak Nam tak berapa terkehut, ni tidak siap pijak muka wanita tu sekali dengan kasut tumit tinggi. Kalau korang nak tahu cerita selanjutnya..korang boleh baca petikan metro yang kak nam telah copy 100% dari akhbar metro  kat bawah ni...



Pengacara pijak muka


KUALA LUMPUR: Seorang pengacara rancangan gosip popular berusia 28 tahun bertindak menyerang seorang wanita yang sedang meraikan hari lahir rakannya dalam sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, di sini, dengan memijak muka mangsa menggunakan kasut tumit tingginya dalam kejadian awal pagi semalam.

Akibat perbuatan pengacara wanita terbabit yang juga bergelar pelakon dan pernah membintangi beberapa siri drama serta telefilem itu bersama beberapa rakannya menyebabkan mangsa yang berusia 20-an cedera di kepala dan terpaksa dirawat di Hospital Ampang (HA).

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, semuanya bermula apabila mangsa meraikan hari lahir rakannya itu dihampiri seorang wanita tidak dikenali.

“Wanita terbabit bertanya kepada mangsa adakah dia dengan tidak sengaja terpukul atau melakukan kekasaran kepada sesiapa. Bingung dengan pertanyaan itu, mangsa menafikan dakwaan itu sebelum mendiamkan diri.

“Belumpun persoalan itu selesai, mangsa dihampiri seorang lelaki bertubuh sasa yang terus menampar mukanya menyebabkannya terjatuh,” katanya.








0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!