KAK NAM- Majlis perkahwinan pelakon Fasha Sandha, 28, dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli akan diadakan di sebuah hotel di ibu negara pada 27 April ini, sebagaimana tercatat dalam kad undangan perkahwinannya yang akan mula diedarkan dalam masa terdekat.
“Majlis ini kami lakukan secara tertutup membabitkan 300 jemputan termasuk keluarga dan teman rapat saja. Saya bersyukur dengan segala limpahan rezeki dan alhamdulillah akhirnya apa yang kami rancang dapat juga direalisasikan.
“Kad undangan kahwin sudah pun siap dan insya-Allah ia akan diedarkan tidak lama lagi, tapi saya minta maaf kerana masih tidak dapat memberitahu lokasi majlis diadakan kerana saya menghormati permintaan ibu bapa Rizal dan ibu bapa saya,” katanya
“Persiapan kami lakukan perlahan-lahan memandangkan jadual kerja masing-masing yang padat namun alhamdulillah semuanya hampir selesai. Insya-Allah kami akan mengedarkan kad dalam masa terdekat,” kata usahawan berusia 36 tahun yang menyifatkan Fasha seorang wanita yang melengkapkan hidupnya.
0 25 komen terhebat!!:
Post a Comment
Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!