Blogger-Blogger Femes

Thursday, April 19, 2012

Sertai - Jom! Jadi Pemenang Blog Popular

Views
KAK NAM- Hari ini Kak Nam nak buat segmen untuk anda semua..Kak nam tahu ramai blogger-blogger terkenal dan popular membuat pelbagai segmen untuk blog masing-masing. Oleh itu, Kak Nam pun tidak melepaskan peluang ini. Mungkin ramai blogger yang tidak kenal dengan blog Kak Nam Kepoh!! sebab blog ini ramai dari golongan yang tidak mempunyai blog yang baik hati tidak jemu-jemu singgah dan melihat gosip-gosip terbaru. Terima kasih Kak Nam ucapkan..ok, kita terus ke segmen yang dijanjikan.



Tujuan kak nam buat segmen ni sebab kak nam rasa cara begini bloger-blogger yang popular macam anda semua dapat kenal dengan blog kak nam. Tak salah rasanya kak nam buat macam blogger yang lain. Kak Nam baru lagi dalam bidang blog ni..so Kak nam harap anda semua dapat support ok!

Syarat-syarat untuk segman ni...

1. Anda mestilah membuat entry yang ringkas tentang segman Sertai - Jom! Jadi Pemenang Blog Popular terus link kan ke blog Kak Nam. Jangan lupa letak banner segmen ni sekali ok!

2. Kalau anda nak sertai segmen ni, anda kena follow kak nam dulu taw.

3. Letak banner Kak Nam Kepoh!! di sidebar anda sehingga tarikh tutup segmen ni. 
   ( nak letak terus pun tak apa :p )

4. Anda hendaklah komen entry-entry yang Kak Nam update setiap hari..


 Cara segmen dijalankan....

1. Bila anda dah buat entry ringkas tentang segmen ni..korang tinggalkan link anda di blog Kak Nam. 

2. Kak Nam akan lihat komen yang terbanyak pada entry-entry kak nam.. pengomen yang terbanyak dan terhebat, dialah pemenangnya!!


Hadiah!!!

1. Tak adalah hebat mana pun hadiah yang Kak Nam tawarkan macam blog-blog popular lain.. Bagi pemenang segmen ni Kak Nam akan letak banner blognya di sidebar blog Kak Nam. (bagi yang tidak ada banner pun tak apa)

2. Kak Nam akan pilih salah satu entry anda setiap hari dan update dalam blog Kak Nam serta promosikan blog anda. So, nanti lebih ramailah pengunjung yang datang ke blog anda..tidak kira peringkat umur. ( jadilah blog paling popular nanti)

3. Bagi pengomen top 5, Kak Nam akan letakkan bloglist blog anda di sidebar Kak Nam


TARIKH TUTUP : 10 MAY 2012

Ni adalah segmen pertama Kak Nam..harap anda semua sudi untuk join benda ok!








0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!