Blogger-Blogger Femes

Tuesday, April 17, 2012

Amy (Search) Terima Johan Asaari Sebagai Menantu

Views
KAK NAM- Vokalis kepada kumpulan Search, Amy akan menerima Johan Asaari menjadi menantunya jika jodoh anaknya Nabila Huda dengan pelakon itu. Dia tidak menghalang dengan sesiapapun anaknya iaitu Nabila Huda mahu berkawan asalkan individu tersebut dapat membahagiakan dirinya.


"Saya bukannya seorang ayah yang konservatif dan saya tidak akan menghalang anak saya untuk berkawan dengan sesiapa sahaja.

"Begitu juga dengan Johan, sekiranya Nabila ingin menjadikannya sebagai bakal suami pada masa akan datang, saya terima. Yang penting Nabila bahagia dengan kehidupannya itu," katanya



"Saya tahu bagaimana cara Nabila melayani seorang kekasih. Tetapi berdasarkan apa yang saya lihat mereka tidak lebih daripada kawan biasa.

"Pendapat saya tentang Johan, dia seorang yang baik dan senang diajak berborak," ujarnya.








kredit : mStar

0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!