Blogger-Blogger Femes

Thursday, April 12, 2012

Dira Tidak Sembunyikan Diri

Views
KAK NAM- Pengacara dalam rancangan gosip popular Dira Abu Zahar kini sedang hangat dengan kontroversi yang melandanya dengan isu memijak seorang wanita di sebuah kelab malam. Belum lagi kita ketahui dengan tepat siapakah pengacara wanita yang dimaksudkan. Adakah benar Dira orangnya, Kak Nam tidak mahu berikan jawapan. Tapi Kak Nam rasa anda semua bijak dan tahu siapa orang yang dimaksudkan tersebut setelah umur dan juga status pengacara tersebut telah diberitahu oleh media. 

Sejurus selepas kejadian itu, Dira meluahkan sesuatu di akaun Twitternya yang berbunyi:"Aku akan cari kau sampai dapat."

Ramai mendakwa kenyataan itu ditujukan kepada individu yang terlibat dengan pergaduhan itu yang telah bertindak membuat laporan kepada pihak polis.

"Tiada apa perkara yang membuatkan saya perlu lari. Saya tak bersalah pun, apa yang mampu saya kongsi, akan saya kongsi. Semakin saya lari orang akan suspek saya yang bersalah.

"Buat masa sekarang kes itu masih dalam siasatan pihak berkuasa dan saya fikir adalah lebih baik untuk tidak mengganggu siasatan yang sedang dijalankan.

"Saya tiada masalah pun dan tak perlu rasanya untuk saya melatah sangat serta tiada alasan pun untuk saya marah sesiapa," ujarnya ketika sesi fotografi di butiknya, Red Garage, Jalan Yap Kuan Seng, Kuala Lumpur, petang semalam.




"Saya menafikan pada awalnya kerana saya belum sempat membaca apa yang telah dilaporkan mengenai perkara yang berlaku.

"Jadi, untuk mengelakkan salah faham jadi lebih teruk, baik saya menafikan perkara itu," ujarnya.

"Saya dan suami suka bergurau dalam Twitter. Individu yang saya maksudkan melalui ungkapan 'cari sampai dapat' itu adalah suami saya yang ketika itu sedang berada di Bangkok, Thailand atas urusan kerja," jelas Dira.

"Isu yang berlaku menjejaskan saya sedikit sebanyak tapi bagi saya selagi tidak ada perkara mengaibkan nama saya maka tidak perlu saya risaukan," kata bekas pengacara Fulus Mania itu.

"Saya tiada kuasa untuk menghukum sesiapa atau merosakkan nama baik sesiapa. Itu semua kerja Allah."



"Memang saya dan pengurusan rancangan Melodi sudah lama berbincang untuk menambah pengacara menjadi tiga orang supaya lebih menarik dan ada kelainan daripada sebelum ini.

"Kebetulan minggu lalu giliran Awal dan Zizan mengacarakan Melodi, ramai yang membuat spekulasi yang tidak tepat bahawa saya direhatkan akibat kontroversi yang melanda," ujarnya yang akan kembali mengacarakan Melodi beberapa minggu lagi.

"Sebab itu saya lebih selesa untuk tidak menggembar-gemburkan isu ini. Biar tak faham daripada salah faham," bicaranya yang sentiasa mendapat sokongan dan dorongan daripada keluarga dan suaminya.








kredit : kosmo online

0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!